suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Labuan Berpotensi Jadi Hab Industri Perikanan Tuna

LABUAN: Labuan berpotensi menjadi hab industri perikanan tuna, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata, berikutan kedudukan itu, pembangunan Labuan perlu terus ditingkatkan, termasuk membina kemudahan dan jeti yang lebih baik.

Bercakap pada sesi dialog dengan nelayan sempena lawatan beliau ke Kompleks LKIM di Kiansam di sini hari ini, Irmohizam mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pasar dan medan niaga nelayan baharu di situ.

Jumlah tangkapan pelbagai sumber laut yang didaratkan di sini tahun lepas ialah 12,891,192 kg, dengan nilai pasaran RM217,201.

"Jumlah tangkapan di seluruh negara pada tahun lepas pula ialah 1.8 juta tan metrik, manakala jumlah tangkapan tahun ini disasarkan sebanyak 2.6 juta tan metrik," katanya.

Beliau berkata, menyedari menyedari peranan penting nelayan dalam memastikan bekalan sumber laut sentiasa mencukupi untuk pengguna, kerajaan akan terus membantu golongan itu.

Artikel Lain