suria

Maybank BII Lapor Peningkatan Keuntungan Operasi 6.7 Peratus

KUALA LUMPUR: Unit Maybank di Indonesia, PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII) melaporkan peningkatan 6.7 peratus dalam keuntungan operasi kepada Rp2.05 trilion bagi sembilan bulan berakhir 30 Sept 30, 2014, daripada Rp1.92 trilion untuk tempoh sama tahun lepas.


Keuntungan bersih selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) untuk sembilan bulan pertama berjumlah Rp340 bilion sementara keuntungan pracukai berjumlah Rp478 bilion, masing-masing berbanding Rp1,098 bilion dan Rp1,562 bilion bagi tempoh sama tahun lalu, kata Maybank BII dalam kenyataan.

Ini disumbangkan terutama oleh peningkatan peruntukan daripada pelanggan korporat disebabkan situasi pasaran yang mencabar dan pengurangan berterusan dalam margin faedah bersih.

Maybank BII mencatatkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 14 peratus tahun ke tahun kepada Rp104.6 trilion setakat 30 Sept 2014, daripada Rp91.7 trilion bagi tempoh sama pada 2013.

Bank itu memutuskan untuk memprofil semula portfolio pinjaman terutama dalam segmen perbankan global bagi memastikan agihan risiko seiring dengan risiko minat.

Tumpuannya terhadap pensegmenan semula pelanggan yang dilaksana awal tahun ini merangkumi lebih penekanan kepada syarikat tempatan utama dan perusahaan milik kerajaan.

Pensegmenan pelanggan perbankan global menunjukkan hasil menggalakkan dan dijangka menjadi pemacu pengurusan tunai bank dan perniagaan fi tahunan.

Presiden Komisioner BII dan Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata : "Berdasarkan persekitaran operasi semasa, BII akan terus berhati-hati sambil mencari peluang untuk pertumbuhan mampan.

"Sebagai sebahagian Maybank Group, BII mempunyai kelebihan dalam memanfaatkan sinergi kumpulan di seluruh rantau."


Patami, Maybank, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain