suria

Affin Research Jangka Kadar Inflasi Meningkat 3.3 Peratus Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Capital Research menjangka kadar inflasi meningkat 3.3 peratus pada Oktober susulan program rasionalisasi subsidi minyak kerajaan.

Harga petrol gred RON95 baru-baru ini naik sebanyak 9.5 peratus atau 20 sen daripada RM2.10 seliter kepada RM2.30 seliter, manakala harga diesel sebanyak 10 peratus atau 20 sen daripada RM2.00 kepada RM2.20 seliter.

Firma penyelidikan itu berkata kadar inflasi meningkat daripada 3.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos kepada 2.6 peratus pada September, sejajar dengan jangkaan pasaran.

"Kos transport turun kepada 0.5 peratus tahun ke tahun pada September (5.5 peratus pada Ogos), terutamanya disebabkan kesan asas yang perlahan selepas kenaikan harga petrol pada bulan sama tahun lepas," katanya dalam nota pada Isnin.

Affin Hwang Capital berkata, begitu juga, harga makanan, yang menyumbang 30.3 peratus daripada jumlah indeks harga pengguna, turun daripada 3.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos kepada 3.2 peratus pada September.

"Kami menjangka inflasi kekal pada sekitar 3.4 peratus pada 2014 berbanding 2.1 peratus pada 2013," menurut firma penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ke arah 2015, kadar inflasi negara dijangka meningkat kepada antara 4.0-5.0 peratus, berikutan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan skim subsidi bersasar.

Pandangan ini turut dikongsi oleh firma penyelidikan lain.

RHB Research Institute berkata kesan daripada pelaksanaan CBP, inflasi dijangka meningkat dengan ketara kepada 4.2 peratus pada 2015, naik daripada 3.4 peratus yang dianggarkan pada 2014 dan berbanding 1.6 peratus yang rendah pada 2012.

"Mengurangkan inflasi ketika pertumbuhan perlahan menunjukkan bahawa tiada gesaan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat," katanya.

Kedua-dua firma penyelidikan turut berpendapat kadar dasar semalaman (OPR) bank pusat akan berada pada 3.25 untuk sepanjang tahun, bagaimanapun boleh dinaikkan sebanyak 25 mata asas pada 2015. 


Artikel Berikut

Artikel Lain