suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahan Api Petronas Bantu Mercedes Juara Kategori Pengeluar F1

KUALA LUMPUR: Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas sekali lagi memberikan kelebihan saingan atas trek bagi Pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One.


Pasukan itu menang Kejuaraan Pengeluar Formula One World FIA 2014 pada pusingan ke-16 musim Formula One di Sochi, Rusia, kata syarikat minyak negara itu menerusi satu kenyataan, Selasa.

Petronas dan Mercedes AMG Petronas Formula One Team mengambil masa lebih tiga tahun merangka formula bahan api dan pelincir yang membantu menyediakan kelebihan saingan atas trek, katanya.

Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas merupakan pendekatan bijak kepada keperluan bendalir yang memaksimumkan prestasi menerusi penawaran produk khusus serta perkhidmatan pakar.

Petronas berkata, bahan api Primax dan prestasinya semasa pembakaran merupakan kunci kepada operasi enjin yang cekap, bertenaga dan mantap, manakala pelincir Syntium memain peranan penting dalam memastikan prestasi yang boleh dipercayai.

"Ia merupakan kejayaan bersejarah bagi Petronas sebagai rakan teknikal dan pengeluar formula kemenangan untuk pasukan juara musim ini," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Ketua Pemotoran Mercedes-Benz Toto Wolff berkata: "Petronas telah memain peranan yang sangat penting dalam kejayaan Mercedes AMG Petronas atas trek tahun ini."

Petronas, F1, Teknologi Bendalir

Artikel Lain