suria

Piam Jangka Bajet 2015 Perkukuh Sektor Insurans, Takaful

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjangka Bajet 2015 terus menumpukan kepada langkah-langkah liberalisasi dan memperkukuh sektor insurans serta takaful negara.

Persatuan itu menyarankan peningkatan pelepasan cukai untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja agar setimpal dengan kadar gaji semasa sektor swasta.

Pelepasan untuk premium insurans yang dibayar, terutama insurans am bagi perlindungan diri seperti polisi pendidikan dan perubatan serta kesihatan adalah amat dialu-alukan dan digalakkan, kata persatuan itu dalam kenyataan, di sini, Jumaat.

"Ini bukan sahaja mengurangkan beban kerajaan dalam sektor pendidikan dan kos perubatan, tetapi juga memberi ketenangan fikiran kepada rakyat," katanya.

Selain itu, PIAM turut berharap pelepasan cukai berasingan untuk perusahaan kecil dan sederhana bagi menggalakkan mereka membeli insurans liabiliti yang dalam jangka panjang akan membantu mereka menguruskan kemungkinan risiko dengan lebih baik.

Persatuan juga berharap kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan.


Piam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain