suria

Syarikat Bumiputera Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Jepun

TAWAU: Syarikat teknologi binaan dari Jepun, Akishige Construction Co, Ltd. Fukuoka, menjalin kerjasama dengan syarikat Bumiputera tempatan, Madolin Industry Sdn Bhd, bagi memajukan industri binaan berkualiti di negeri ini.

Pengarah Urusan Madolin Industry, Bairullah Dumpas memberitahu Bernama syarikat binaan dari Jepun yang beroperasi sejak 40 tahun itu akan menawarkan khidmat teknologi dalam pembinaan bangunan di Sabah.

"Secara tidak langsung, syarikat itu memberi peluang kepada rakyat di negeri untuk mendapatkan pekerjaan.

"Kita juga mendapat sokongan padu daripada beberapa kementerian berkaitan industri terbabit termasuk Jabatan Kerja Raya, Majlis Amanah Raya (Mara) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida)," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua syarikat itu di sini, Jumaat.

Pada majlis itu, Madolin diwakili oleh pengarahnya Bariyah Bairullah manakala Akishige Construction diwakili oleh presidennya, Yoshinobu Akishige dan saksikan oleh Naib Ketua Umno Kalabakan, Ismail Ayit yang mewakili anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh. 


Akishige Construction Co

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain