suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Metlife Lantik Dustin Ball CEO Di Vietnam

KUALA LUMPUR: Metlife, Inc., dengan rakan kongsinya Joint Stock Commercial Bank for Investment and Development of Vietnam (BIDV), melantik Dustin Ball sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi perniagaan Vietnam.

Dalam satu kenyataan, MetLife berkata Asia merupakan rantau penting bagi industri insurans, dan Asia pesat membangun dijangka menyumbang 10 peratus kepada premium insurans hayat global pada 2013/2014.

Selama lebih 60 tahun, MetLife telah mencapai kemajuan yang pesat dalam aspirasi strategiknya untuk berkembang di Asia Tenggara.

Pada tahun lepas, syarikat mengumumkan kemasukannya ke Vietnam, Malaysia dan Myanmar.

"Kami telah memeterai perjanjian bancassurance dan bancatakaful eksklusif 20 tahun bagi menyediakan perancangan kewangan dan produk perlindungan melalui rangkaian perbankan Kumpulan AmBank di seluruh Malaysia," kata MetLife. 


Metlife

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain