suria

Kumpulan Hospital Ramsay Catat Pencapaian Terbaik

Pusat Perubatan Parkcity antara hospital usahasama Kumpulan Ramsay dan Sime Darby di negara ini.
MELBOURNE: Operator hospital swasta terbesar Australia, Ramsay Health Care yang mempunyai kaitan dengan Malaysia, merekodkan keputusan kewangan terbaiknya sejak disenaraikan di bursa Australia, lapor Australian Associated Press (AAP).


Ramsay yang meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun ini, melaporkan semua operasi di Australia, United Kingdom, Perancis, Malaysia dan Indonesia mencatat prestasi kukuh bagi tahun kewangan 2014 dan unjuran syarikat juga baik.

"Saya rasa ini angka terbaik yang pernah saya bentangkan, barang kali yang terbaik pernah dibentangkan sejak kami disenaraikan (di bursa Australia) pada 1997," kata Pengarah Urusan Ramsay, Christopher Rex seperti dilapor AAP.

Pendapatan kumpulan, keuntungan bersih teras, perolehan sesaham dan dividen tahun penuh meningkat dengan signifikan dari 17 hingga 21 peratus.

Keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014 meningkat 14 peratus kepada A$303.8 juta berbanding A$266.4 juta pada tahun sebelumnya.

Ramsay mengunjurkan pertumbuhan keuntungan antara 14 dan 16 peratus bagi tahun fiskal 2015 memandangkan kumpulan itu terus memperoleh lebih banyak hospital selain menaik taraf fasiliti sedia ada.

Rex berkata, Ramsay sedang meneliti peluang di Asia.

Ramsay mengendalikan tiga hospital di Malaysia menerusi usaha sama dengan Sime Darby dan tiga hospital di Indonesia. 

Artikel Lain