suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memperkasa Kontraktor Wanita Agenda KKR

CHANGLUN: Memperkasakan kontraktor wanita merupakan agenda penting Kementerian Kerja Raya (KKR) yang ingin memastikan kemampuan mereka setanding dengan golongan lelaki yang menceburkan diri dalam bidang sama.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kementeriannya telah merangka pelbagai program untuk membantu kontraktor terutama golongan wanita bagi meningkatkan kemahiran mereka.

"Program memperkasakan kontraktor-kontraktor wanita adalah satu agenda terpenting dalam membangunkan kompetensi kontraktor dan personel binaan ke arah lebih cemerlang.

"Justeru, pendekatan membangun kapabiliti dan kapasiti kontraktor wanita akan diberi perhatian serius oleh pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)," beliau berucap pada Majlis Perasmian Program CSR CIDB Kedah dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Utara, di kampung Tradisi Lembah Keriang dekat , Khamis.

Rosnah berkata, baru-baru ini lebih 100 kontraktor wanita telah menjalani kursus memperkasakan kontraktor wanita di ABM Wilayah Utara di sini.

"Di peringkat kebangsaan, kita akan adakan lagi program seumpama itu pada September ini dan saya sangat menggalakkan lebih ramai wanita menceburkan diri dalam industri binaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah CIDB Kedah Ir Sharifudin Che Omar berkata ramai kontraktor wanita berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang seperti 'Tred Air-condition', landskap, 'waterproofing' dan hiasan dalaman yang telah dijalankan di ABM.

Beliau berkata, kontraktor wanita berkenaan juga berpeluang menyiapkan kerja-kerja tanggungjawab sosial bersama CIDB dan ABM seperti mengecat pejabat penghulu serta melakukan kerja hiasan taman di kampung.


Kementerian Kerja Raya

Artikel Sebelum

Artikel Lain