Mustapa Rasmi Pejabat Matrade Melbourne

Mustapa Mohamed
MELBOURNE: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin pembukaan pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini akan mendorong lebih banyak pelabur Australia melibatkan diri dalam perniagaan dengan Malaysia.

"Malaysia diiktiraf sebagai hab perdagangan dan perniagaan Asia dan kami sentiasa terbuka kepada perniagaan," katanya ketika merasmikan pembukaan pejabat itu di sini.

Beliau merasmikan pejabat itu dengan menandatangani plak untuk dipasang pada pintu masuk pejabat berkenaan.

Mustapa, yang mengetuai misi perdagangan berprofil tinggi Malaysia ke Sydney, Melbourne dan Adelaide, berkata langkah memindahkan pejabat Matrade dari Sydney ke Melbourne tahun lepas akan membolehkan Malaysia menonjolkan kehadirannnya dalam bidang perniagaan di sini.

Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di sini Noor Hayati Abu Noh berkata sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (SME) Australia dan syarikat perniagaan mulinasional mempunyai ibu pejabat sama ada di Melbourne atau Sydney.

Menurut Noor Hayati, antara tugas beliau ialah meningkatkan profil pengeksport Malaysia di Australia.

Noor Hayati berkata, beliau juga bekerjasama rapat dengan Austrade, Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia dan Majlis Perniagaan Australia Malaysia.

Katanya, konsul jeneral Malaysia di sini Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya banyak membantu dalam penubuhan pejabat itu.

Pejabat Matrade terletak di premis yang sama menempatkan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di 432 St Kilda Road.


Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain