Mustapa Gesa Komuniti Bisnes Malaysia Ikut Jejak SP Setia

Mustapa bersama Ketua Eksekutif SP Setia Melbourne, Choong Kai Wai (kanan) dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid di projek syarikat berkenaan yang terletak di Fulton Lane, Melbourne pada Jumaat.
MELBOURNE: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menggesa lebih banyak usahawan di Malaysia meneroka ke seberang laut dan mencipta kejayaan seperti yang dilakar oleh SP Setia Bhd di sini.

Katanya, beliau berbangga dengan kejayaan SP Setia dalam dua projek pangsapurinya iaitu Fulton Lane dan Parque Melbourne apabila semua unit di Parque Melbourne habis dijual, manakala Fulton Lane pula hanya berbaki beberapa unit, sedangkan kerja-kerja pembinaan belum selesai.

"Kena berani, berkeyakinan, agresif dan berfikiran terbuka seperti yang dilakukan SP Setia di sini di Melbourne," katanya kepada Bernama semasa melawat projek Fulton Lane pada Khamis yang turut diiringi Ketua Eksekutif SP Setia Melbourne Choong Kai Wai.

Menurut Mustapa, sesetengah rakyat Malaysia lebih cenderung melihat ke dalam negara dan mengadu ramai warga asing membeli perniagaan dan hartanah di Malaysia.

"Mereka patut berhenti merungut dan keluar mencari peluang di luar. Jangan takut," katanya menambah pelaburan dan bakat Malaysia sememangnya dituntut di seluruh dunia.

"Jika anda ke China, Singapura, Timur Tengah, Hong Kong, Britain, Amerika Syarikat dan negara-negara lain, anda akan dapati rakyat Malaysia menjalankan kerja-kerja penting dan mencipta nama," katanya.

Mustapa mengetuai delegasi 80 orang yang terdiri daripada ahli perniagaan dan wakil agensi berkaitan ke Sydney, Melbourne dan Adelaide bagi mempromosi peluang perniagaan di Malaysia.

Mengenai lawatannya, Mustapa berkata beliau yakin minat terhadap Malaysia kini muncul semula susulan sambutan memberangsangkan oleh komuniti perniagaan Australia dalam seminar yang diadakan sepanjang lawatan itu.

"Saya rasa minat ini muncul semula hasil pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia-Australia yang berkuat kuasa pada Januari 2013," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain