suria

Petronas Tandatangan Kontrak Dengan Republik Gabon

Petronas bekerjasama dengan Republik Gabon dalam kontrak perkongsian pengeluaran minyak.
KUALA LUMPUR: Petronas, menerusi subsidiari milik penuhnya Petronas Carigali International E&P B.V., telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi Blok F14 dengan Republik Gabon.

Dalam satu kenyataan di sini, Petronas berkata, blok luar pesisir itu terletak di selatan Gabon dan berkeluasan 2,500 kilometer persegi atas permukaan dengan kedalaman 2,000 hingga 3,000 meter.

Petronas akan beroperasi di blok itu dengan kepentingan 80 peratus sementara baki 20 peratus lagi milik kerajaan Gabon.

Majlis menandatangani PSC itu berlangsung di Arambo Building, Libreville.

"Pemeteraian PSC itu merupakan satu peristiwa penting bagi Petronas yang memasuki semula Gabon dan kini bertumpu kepada operasi 'pre-salt' laut dalam," kata Naib Presiden Petronas bagi Eksplorasi Antarabangsa Effendy Cheng Abdullah.


Petronas, Republik Gabon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain