KFC Sasar 15 Peratus Peningkatan Jualan Hasil KFC Tasty Travels - Niaga | mStar

KFC Sasar 15 Peratus Peningkatan Jualan Hasil KFC Tasty Travels

Hong bersama kakitangan KFC menampilkan promosi terkini syarikat itu, KFC Tasty Travels.
KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian restoran makanan segera KFC, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus susulan pelancaran kempen terbaharu 'KFC Tasty Travels'.

Pengurus Besar Pemasaran KFC Kelvin Hong Kim Hoong berkata, sasaran itu dipacu oleh pelbagai kombo makanan yang memenuhi selera segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Kempen KFC Tasty Travels yang berlangsung selama sebulan bermula Isnin, mempromosikan KFC Bangkok Green Curry Chicken Meals dan Burger Zinger Green Curry.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan kempem memboikot syarikat yang didakwa menyokong rejim Zionis, Hoong menegaskan ia tidak menjejaskan perniagaan KFC.

"Penjualan produk keluaran KFC masih pada tahap yang stabil dan berjalan seperti biasa.

"Kita tidak melihat kesan daripada kempen tersebut terhadap KFC memandangkan KFC merupakan syarikat konglomerat milik penuh Johor Corporation dan kami tidak membayar sebarang yuran francais kepada KFC Corporation," Hong memberitahu media selepas pelancaran kempen 'KFC Tasty Travels' di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa KFC tidak menyokong sebarang bentuk aktiviti politik.

Mengulas kesan jangka panjang boikot itu terhadap KFC, Hong berkata, KFC yang merupakan peneraju pasaran makanan segera di Malaysia yakin mereka akan terus maju.

"Kami telah merancang untuk melancarkan tiga hingga empat kempen menjelang hujung tahun ini. Kesemua kempen tersebut akan mempromosikan makanan Asia," katanya.

Menurut Hong, setakat ini 11,000 pekerja KFC dan 7,000 pekerja Pizza Hut merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di hampir 300 restoran makanan segera itu di seluruh negara.

KFC Malaysia yang beroperasi di bawah jenama QSR Brands merupakan pemegang lesen francais kepada 700 restoran KFC di Malaysia, Singapura, India dan Kemboja.

QSR turut terlibat dalam pengeluaran baka dan ladang kontrak ayam daging, pusat penetasan ayam dan pemprosesan serta pelbagai perniagaan sampingan termasuk pengeluaran sos.

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain