suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

OCBC Malaysia Lantik CEO Baharu

Ong Eng Bin

KUALA LUMPUR: OCBC Bank (Malaysia) Bhd (OCBC Malaysia) melantik Ketua Perbankan Perniagaannya, Ong Eng Bin, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 8 Ogos, 2014.

Dalam satu kenyataan, CEO OCBC Group Samuel Tsien berkata Ong menyahut cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab bagi francais Malaysia itu.

"Pelantikannya merupakan satu lagi contoh pembangunan berkesan bakat tempatan serta pelan penggantian.

"Menerusi kepimpinan Ong, perniagaan perbankan korporat kami mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik sejak dua tahun lepas," katanya.

Ong sudah berkhidmat dengan OCBC Malaysia selama 26 tahun dan berkhidmat sebagai Ketua Kredit dan Pemasaran di sebuah cawangan sebelum menyertai bahagian perbankan korporat pada awal 1990-an.

Bahagian yang diketuai Ong menyumbang 55 peratus kepada hasil dan 65 peratus kepada keuntungan sebelum cukai pada 2013.


OCBC

Artikel Lain