suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BMWX5 SAV BAHARU DIPASANG DALAM NEGARA

BMWX5 SAV
KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia hari ini memperkenal model jualan terlarisnya - BMW X5 premium Sports Activity Vehicle (SAV) yang dipasang di Malaysia.
Kereta itu merupakan varian ke-15 BMW yang dipasang dalam negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Gerhard Pils berkata: "Sebagai edisi terbaharu dalam portfolio kukuh kenderaan premium yang dipasang dalam negara, kami di BMW juga bangga model ini merupakan BMW X5 pertama di pasang di sini.

"Ia merupakan kejayaan bersejarah bagi kami, bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara," katanya menerusi satu kenyataan.

Beroperasi sejak 2008, kilang pemasangan BMW Group Malaysia di Kulim, Kedah, merupakan komponen penting kejayaan pembuat kereta premium itu di Malaysia.

BMW X5 ditawarkan dalam dua varian - BMW X5xDrive35i dan BMW X5 xDrive 30d.

Ia dijual di kesemua pengedar BMW di seluruh negara mulai hujung minggu Merdeka pada 30 dan 31 Ogos.

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans, bersama servis dan baik pulih BMW) bagi BMW X5 xDrive35i ialah RM579,800 dan BMW X5 xDrive30d berharga RM539,7800.


BMWX5, SAV

Artikel Lain