suria

Rebat Tunai Menanti Pembeli Kenderaan Mitsubishi

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar tempatan kenderaan Mitsubishi, melaksanakan 'Mitsubishi Merdeka Deals' sempena sambutan Merdeka 2014.

Pakej jualan menarik ditawarkan kepada pelanggan bagi pembelian model Mitsubishi yang terpilih dari sekarang hingga 30 Sept, 2014.

Bagi mereka yang membeli model SUV Kompak ASX akan mendapat rebat tunai sehingga RM2,000, menurut MMM dalam satu kenyataan.

Berharga RM114,743.50 (varian 2WD) dan RM128,879.50 (varian 4WD), SUV Kompak ASX telah dinamakan sebagai 'SUV Dipasang Tempatan Terbaik' pada majlis Anugerah Industri Auto Allianz Auto Asia 2014.

Pembeli Pajero Sport (model 2013) akan menerima sehingga RM9,000 rebat tunai, tertakluk kepada ketersediaan varian model. Pajero Sport GL berharga RM151,277.60 manakala Pajero Sport VGT, RM172,211.60.

Pajero Sport VGT sekali lagi diiktiraf bagi kecekapan minyaknya yang luar biasa pada Anugerah Kecekapan Bahan Api Auto Asia 2014 apabila memenangi tempat pertama dalam kategori SUV Premium.

Manakala, pembeli Triton VGT GS (model 2014) akan mendapat rebat tunai sehingga RM5,000. Triton VGT GS berharga RM107,809.60.

Sejak 2005, MMM telah menjual lebih 80,000 unit kenderaan di Malaysia. 


Mitsubishi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain