suria

Oracle Perkenal Keupayaan Baharu

KUALA LUMPUR: Oracle Corporation, penyelia penyelesaian IT terkemuka dunia, memperkenal Projek Perolehan Oracle untuk membantu pertubuhan meningkatkan lagi prestasi dan keuntungan projek.

Dalam satu kenyataan, Oracle berkata Projek Perolehan Oracle itu bertujuan menyelaras dan menilai matlamat projek dan organisasi dalam perancangan perolehan, dengan membuat keputusan dan pelaksanaan sepanjang kitaran perjalanan sesuatu projek.

Naib Presiden Kanan Oracle, Pembangunan Aplikasi, Cliff Goodwin berkata tunjang fungsi dan jurang komunikasi antara pengurusan projek dengan perolehan boleh menambah risiko ke atas sesuatu projek.

"Ia juga menimbulkan keadaan tidak cekap dan mencetuskan impak besar terhadap keuntungan projek.

"Projek Perolehan Oracle menangani cabaran ini dengan membolehkan pengurusan dan perolehan projek disepadukan sepanjang kitaran pelaksanaan projek.

"Ini bukan sahaja membantu kumpulan projek menentu dan menilai matlamat strategik projek, malah yang lebih penting, membantu membaiki perancangan perolehan projek, membuat keputusan dan pelaksanaan," katanya dalam satu kenyataan.


Oracle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain