suria

Chevron Jangka Produk Pencuci Bahan Api Dapat Sambutan

KUALA LUMPUR: Chevron Malaysia Ltd menjangkakan sambutan baik terhadap produk pencuci sistem bahan apinya yang baru dilancarkan, Techron Concentrate Plus (TCP), dirangsang oleh prestasi jualannya di Singapura.

Pengurus Pemasaran Asia Pasifik Chevron Lubricants Lennard Kwek berkata jualan TCP di Singapura tiga kali lebih tinggi berbanding unjuran syarikat apabila ia dilancarkan dua bulan lepas.

"Saya benar-benar percaya TCP akan menerima sambutan yang sama di sini di Malaysia," kata Kwek kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau tidak mendedahkan sebarang angka tetapi berkata syarikat itu menjangkakan stoknya akan berada dalam pasaran Malaysia minggu ini.

"Syarikat berhasrat untuk memasarkan produk itu di Thailand tahun ini dan Filipina tahun depan," katanya.

Beliau berkata TCP akan dijual di stesen petrol terpilih Caltex di seluruh negara pada harga promosi RM35 sehingga 31 Ogos. 


Chevron

Artikel Sebelum

Artikel Lain