suria

Syed Mokhtar Wira Dermawan Asia - Forbes

KUALA LUMPUR: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan tauke AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, muncul dalam senarai tahunan terbaru Wira Dermawan Forbes Asia.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Forbes Asia berkata, Syed Mokhtar telah menderma US$500 juta kepada mereka yang terbabit dalam beberapa bencana alam di Asia dan tempat lain.

"Mereka yang mendapat bantuan itu termasuk pelarian di Pakistan, anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia and Iran," katanya.

Sementara itu, Fernandes melalui Yayasan AirAsia telah mengumpul lebih daripada US$2 juta untuk mangsa Taufan Haiyan pada November lalu di Filipina untuk membina semula tempat tinggal dan membantu mereka membuka kedai runcit di rumah.

Tokoh dermawan lain yang trutu tersenarai ialah Rohini Nilekani dari India yang menyumbangkan kira-kira US$40 juta dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Beliau menubuhkan Amanah Arghyam yang menyokong projek untuk melindungi air bawah tanah serta meningkatkan kebersihan di India.

"Beliau juga telah mendermakan dana yang dikumpul daripada jualan saham Infosys bagi meningkatkan kualiti undang-undang India serta memelihara biodiversiti," kata Forbes Asia.

Senarai Wira Dermawan itu menonjolkan 48 dermawan terkemuka Asia Pasifik daripada bilionair dengan wawasan bagaimana cara terbaik untuk membantu masyarakat sehingga kepada ahli perniagaan yang kurang terkenal.

Senarai itu juga memberi penghormatan kepada dermawan terbabit, empat orang bagi setiap satu daripada 12 pasaran di rantau Asia Pasifik.


Forbes

Artikel Berikut

Industri Disaran Guna SKPK

Artikel Lain