suria

Kerajaan Bantu PKS Jadi Pengilang dan Pembekal Komponen Berdaya Saing

Mustapa Mohamed
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan usaha membantu membangunkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi pengilang dan pembekal komponen yang berdaya saing bagi pasaran domestik dan global.

Bercakap kepada media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementerian itu dan agensi kerajaan yang lain akan membuat penyelarasan dalam sistem pemantauan ke atas syarikat PKS tersebut.

"Miti telah mewujudkan Program Pembangunan Vendor (PPV), yang merupakan unit pemantauan berpusat bagi pelaksanaan PPV.

"Ia bertujuan menggalakkan pembangunan vendor di kementerian dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masing-masing," katanya selepas merasmikan GLC ExploreAce 2014, di sini, Isnin.

GLC ExploreAce 2014 adalah antara inisiatif PPV Miti yang bermula tahun lepas. 


PKS, Miti, PPV

Artikel Lain