suria

Prestasi Sektor Penerbangan Suku Kedua Lemah - Maybank IB

Sektor penerbangan tempatan dijangka lemah pada suku kedua tahun ini.

KUALA LUMPUR: Sektor penerbangan Malaysia dijangka mencatat prestasi kewangan yang lemah bagi tempoh suku kedua (2Q14) tahun ini berbanding suku pertama (1Q14), terutama penerbangan jarak jauh, kata Maybank IB Research.

"Kami dapati harga tiket secara umumnya lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kecuali beberapa destinasi - laluan China Utara, Australia dan Thailand.

"Dijangkakan hasil pertumbuhan sederhana antara dua dan tiga peratus tahun ini dan merupakan asas yang rendah," kata firma penyelidikan itu dalam notanya, pada Isnin.

Maybank IB berkata, insiden MH370 juga menyebabkan permintaan untuk ke China menguncup, dan menjangkakan ia akan mengambil masa tiga hingga empat bulan sebelum pulih.

"Kami menjangkakan syarikat penerbangan yang mempunyai pendedahan besar di China seperti Penerbangan Malaysia dan AirAsia X akan terjejas pada 2Q14, namun kami tidak menjangkakan impak negatif berpanjangan melepasi 2Q14," katanya.

Ia berkata, keputusan musim 1Q14 juga mengecewakan dengan teras sektor itu susut RM281 juta berbanding kerugian 1Q13 sebanyak RM36 juta.

Hasil masih lemah, namun kuantumnya berkurangan, yang menunjukkan berlaku pemulihan, walaupun pada masa ini syarikat penerbangan jarak jauh mengalami kerugian manakala penerbangan jarak dekat dapat menguruskannya dengan lebih baik, katanya.

"Kami percaya perang tambang sudah berakhir, dan industri itu kini di peringkat akhir krisisnya," katanya.
Maybank IB berkata industri itu kini akan menggunakan enam pesawat pada 2014, yang merupakan semakan menurun daripada 10 pesawat sebelum ini kepada lapan.

"Ini akan mengurangkan kadar pertumbuhan kapasiti penggunaan dan memastikan keseimbangan bekalan dan permintaan memihak kepada syarikat penerbangan.

"Industri ini di ambang pemulihan perlahan dan 2014 akan menjadi tahun dua bahagian - satu setengah tahun pertama diikuti separuh kedua yang meyakinkan," katanya.

Ia berkata, AirAsia perlu melakukan lebih baik daripada kumpulan memandangkan ia memberi tumpuan kepada segmen jarak dekat, yang lebih stabil berbanding saingan jarak jauhnya.

"Malaysia Airports Holdings Bhd dijangka terus mencatatkan pertumbuhan yang baik, namun peningkatan kos boleh menjejaskan pendapatannya," katanya.

Maybank IB mengekalkan saranan 'Neutral' ke atas sektor penerbangan, memandangkan tidak akan pemangkin jangka pendek yang menarik dalam pasaran.

Artikel Lain