Malaysia Komited Laksana PPP - Mustapa - Niaga | mStar

Malaysia Komited Laksana PPP - Mustapa

Mustapa mengakui komitmen negara untuk melaksanakan PPP.

KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk melaksanakan Perjanjian Pemudahan Perdagangan (PPP) dan bersedia melaksana hampir 100 peratus peruntukan mengikut Kategori A perjanjian yang akan dimaklumkan menjelang 31 Julai ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia menyokong kuat pemudahan perdagangan kerana ia akan memanfaatkan masyarakat perniagaan serta kerajaan dalam negara maju dan sedang membangun di samping mewujudkan pekerjaan dan menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi.

"Ekonomi global memerlukan kepastian dan kebolehjangkaan dan Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Apec perlu memainkan peranan utama dalam memantau langkah merosak dan melindungi perdagangan yang akan memberi kesan buruk kepada pemulihan ekonomi dunia," katanya dalam kenyataannya, Ahad.

Mustapa turut menekankan mengenai keperluan untuk kekal waspada bagi mengelak percambahan langkah merosak dan melindungi perdagangan.

Beliau menggesa semua negara bertindak tegas menghalang sebarang langkah perlindungan dan mengelak daripada mewujudkan rintangan kepada perdagangan antarabangsa.

"Sebaliknya mereka perlu meneruskan usaha ke arah mewujudkan persekitaran perdagangan global yang lebih bebas dan adil," katanya.

Mengenai perluasan Perjanjian Teknologi Maklumat (PTM) WTO, Mustapa berkata, Malaysia bimbang dengan kekurangan kemajuan dalam memuktamadkan perjanjian itu dan menggesa semua pihak supaya bergerak keluar daripada kedudukan mereka dan menjadi pragmatik.

"Malaysia akan terbabit secara aktif dalam rundingan terbabit dan kami berharap semua negara boleh bekerja lebih keras untuk menyelesaikan perluasan PTM dengan pantas," katanya.

Mengenai rantai nilai global (RNG), Mustapa berkata, Malaysia menyokong inisiatif baharu mengenai 'Pelan Tindakan Strategik Apec Untuk Mempromosi Rantai Nilai Global'.

Menurutnya, pelan tindakan itu perlu direka bagi memudahkan pembangunan RNG melalui pendekatan yang sistematik.

Kerjasama yang dipertingkat antara pelbagai negara akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta menggalak pelaburan dalam kegiatan tambah nilai seperti perkhidmatan berkaitan pembuatan.

"Di samping itu, RNG perlu menyediakan laluan kepada PKS untuk diintegrasi dengan rangkaian global yang perlu menjadi keutamaan kepada negara anggota Apec pada masa depan," katanya.


PPP , Datuk Seri Mustapa Mohamed , APEC

Artikel Sebelum

Felda Best Tembusi Pasaran Timur Tengah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain