suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik dan Pengerusi Samsung Dalam Keadaan Stabil

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-Hee

SEOUL: Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-Hee kini berada dalam keadaan stabil selepas terkena serangan jantung semalam, demikian menurut kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat itu Isnin.

Lee, 72, merupakan orang yang bertanggungjawab membawa inovasi kepada produk Samsung - yang diasaskan oleh bapanya pada 1938 - sehingga menjadi jenama global selaku pengeluar telefon pintar can cip terbesar dunia.

Samsung di bawah kepimpinan Lee telah mengaji lebih 200,000 staf di seluruh dunia.

Bagaimanapun kesihatannya yang tidak mengizinkan telah menyebabkan Lee tidak dapat mengambil bahagian dalam urusan harian Samsung.

Ini mencetuskan kebimbangan sama ada Lee mampu memimpin Samsung dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan ini.

Selepas dimasukkan ke wad Sabtu lalu, Lee terus menjalani pembedahan pada Ahad untuk membetulkan arterinya yang tersumbat.

Kenyataan Samsung menyebut yang Lee tidak memerlukan alat bantuan pernafasan selepas menjalani pembedahan tersebut dan berada dalam keadaan stabil.

"Kami ingin memaklumkan yang operasi harian kami tidak terganggu," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita AFP.

Samsung, yang dalam bahasa Korea bermaksud 'Tiga Bintang' bermula hanyalah sebagai sebuah syarikat jual-beli yang kecil yang diasaskan oleh bapa Lee, Lee Byung-Chull.

Lee mengambil alih perniagaan itu selepas kematian bapanya pada 1987.

Anaknya, Jay Y. Lee, kini menyandang jawatan naib pengerusi Samsung Electronics.

Samsung Electronics, Lee Kun-Hee

Artikel Lain