suria

Sarawak Peroleh Pelaburan Tertinggi Dalam Suku Pertama

KUCHING: Sarawak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM7.3 bilion dalam suku pertama tahun ini untuk muncul sebagai negeri dengan pelaburan tinggi di negara ini bagi tempoh tersebut, demikian Dewan Undangan Negeri di beritahu pada Isnin.

Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata berdasarkan laporan terbaharu oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), angka itu mengatasi jumlah pelaburan yang berjaya diraih Kedah sebanyak RM4 bilion dan Selangor RM1.9 bilion.

"Daripada jumlah RM7.3 bilion itu, RM7.1 bilion atau 97 peratus disumbang oleh pelaburan asing," katanya dalam ucapan penggulungan beliau di dewan tersebut.

Awang Tengah berkata sumber pelaburan asing utama ialah dari Jepun, dengan pelaburan berjumlah RM5.1 bilion dalam kimia dan produk kimia dan RM1.2 bilion dalam produk logam asas.

Pelaburan baharu ini dijangka menjana lebih 1,300 peluang pekerjaan, katanya.

Beliau berkata Sarawak berada di kedudukan empat negeri utama dalam tempoh enam tahun lepas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi dan sentiasa mencatatkan prestasi baik dalam menarik pelaburan asing dan domestik.

"Pencapaian ini bukan kebetulan semata-mata tetapi hasil keras dan usaha gigih, ditambah dengan dasar mesra perniagaan kepimpinan Barisan Nasional Negeri," katanya. 


Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Lain