suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untung Sebelum Cukai MHB Susut

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) untuk suku pertama berakhir 31 Disember 2013 merosot kepada RM34.087 juta berbanding RM56.754 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, ini berikutan untung operasi yang lebih rendah daripada segmen pesisir pantai, disebabkan kos yang lebih tinggi daripada dijangka dalam projek yang sedang dilaksana.

Pendapatan juga jatuh kepada RM671.458 juta berbanding RM921.826 juta sebelum ini.

Segmen perniagaan pesisir pantai MHB mencatat hasil sebanyak RM609 juta dan tiga projek utama akan disiapkan ketika tahun kewangan semasa.

Menurutnya, jumlah projek yang sedang dijalankan sekarang adalah lebih rendah berbanding tahun kewangan lepas.

Unit perniagaan pesisir pantai MHB kini aktif dalam pelbagai peringkat bidaan untuk beberapa projek berpotensi.

MHB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain