suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cream Jalankan Penyelidikan Berkonsepkan Pembangunan Mapan

KUCHING: Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) sedang menjalankan penyelidikan berkonsepkan pembangunan mapan, iaitu membangunkan 'perkampungan lestari', di Akademi Binaan Malaysia di Kuching.

Selain itu, penyelidikan itu turut merangkumi pembangunan rumah contoh bagi perumahan mampu milik menggunakan konsep "divergent, dwelling and design', kata Pengerusi CREAM Datuk Ir. Hamzah Hasan.

Beliau berkata pembangunan berteraskan konsep ini diharap dapat membantu kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghubungkan pembangunan berpaksikan kepada pertimbangan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Hamzah berkata sejak sepuluh tahun penubuhannya, CREAM berjaya menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) merangkumi bidang kejuruteraan berat, sistem binaan berindustri, pembangunan mapan dan teknologi hijau dalam pembinaan.

"Hasil kajian berkenaan membantu sedikit sebanyak ke arah penambahbaikan industri pembinaan negara dan CREAM akan terus menjalankan penyelidikan yang memenuhi keperluan industri pembinaan semasa," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Pembinaan Di Atas Tanah Gambut Malaysia di sini, Selasa.

CREAM ditubuhkan pada 26 Mac 2004 bagi menjalankan projek R&D dalam bidang pembinaan seperti yang termaktub dalam Akta CIDB 520.


Cream, Kuching

Artikel Berikut

Artikel Lain