suria

Fedex Perkenal Perkhidmatan Senseaware

KUALA LUMPUR: FedEx Express, anak syarikat milik FedEx Corp telah melancarkan perkhidmatan maklumat baharu, SenseAware, di Malaysia.

Perkhidmatan itu memberikan kuasa kepada pelanggan untuk mempunyai kawalan yang lebih baik ke atas rantaian bekalan mereka selain menikmati lapisan tambahan keselamatan dan keupayaan untuk kekal berhubung dengan penghantaran kritikal dan sensitif kepada alam sekitar dalam masa nyata, kata FedEx dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia dan Brunei, Ramesh Kumar Singam berkata SenseAware akan memberi manfaat kepada pelanggan, khususnya kepada industri pembuatan berteknologi tinggi.

Ini kerana perkhidmatan pemantauan inovatif memberikan tahap keselamatan yang lebih tinggi dan akses maklumat bernilai yang lebih baik bagi penghantaran sensitif masa, dari pintu ke pintu.

Perkhidmatan SenseAware ini yang pada awalnya hanya terdapat di Amerika Syarikat sahaja kini telah diperluaskan ke 21 pasaran di seluruh dunia termasuk Australia, Hong Kong, Singapura dan Taiwan di Asia Pasifik.

Fedex

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain