FGV Kukuhkan Kedudukan Di Turki - Niaga | mStar

FGV Kukuhkan Kedudukan Di Turki

FGV
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengukuhkan hubungannya dengan Turki melalui dua perjanjian perdagangan yang penting, menandakan kemasukan pertama graphene dan 'nanotubes' karbon (CNT) gred tinggi ke pasaran dunia, selain menjalin hubungan untuk membekalkan minyak isirung sawit mentah (CPKO).

Pertukaran memorandum perjanjian antara syarikat baharu FGV, FGV Cambridge Nanosystems (FGV-CNS) dan Nanokomp Ileri Teknoloji Malzemeleri Arge Dan Ins San Tic Ltd Sti (Nanokomp) disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ankara, hari ini.

Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah turut menyaksikan majlis pertukaran dokumen tersebut.

FGV-CNS diwakili Pengarahnya, Dr Krzysztof Koziol manakala Nanokomp diwakili Pengarah Urusannya, Onder Guney.

FGV-CNS, syarikat permulaan daripada Universiti Cambridge, merupakan syarikat pertama di dunia merintis dan menghasilkan graphene dan 'nanotubes' karbon gred tinggi dan jumlah tinggi daripada bahan buangan produk ladang kelapa sawit, seperti gas metana, dibekalkan FGV.

"Kami mendapati graphene dan CNT yang dihasilkan FGV-CNS berkualiti tinggi dan mengatasi standard graphene dan CNT yang ada dalam pasaran ketika ini," kata Guney dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Nanokomp yakin FGV-CNS mampu menghasilkan graphene dan CNT pada skala komersil yang besar dan menawarkan jaminan bekalan yang konsisten dan mapan kepadanya.

Sementara itu, pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) turut diadakan antara FGV dan Evyap Sabun Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Evyap Group Turkey.

Evyap Sabun Malaysia melabur US$200 juta dalam loji oleokimia bersepadu di Tanjung Langsat, Johor, menjadikannya pelaburan langsung asing pertama oleh syarikat Turki di Malaysia.

Sementara itu, Mohd Emir berkata FGV, sebagai pengeluar terbesar CPKO, sangat berminat untuk bekerjasama dengan Evyap untuk membekalkan kira-kira 1,000 tan metrik minyak sawit bagi loji oleokimianya berdasarkan keperluan mereka.

"Kami mewujudkan satu daripada loji pengeluaran sabun dan oleokimia terbesar di dunia di Malaysia. Loji ini bukan sahaja terbesar di Malaysia, tetapi juga pelaburan Turki yang terbesar di rantau itu," kata Pengarah Urusan Evyap Holding, Mehmed Evyap.

FGV membuat kehadiran pertamanya di Turki pada 2008 melalui usahasama dengan FELDA IFFCO Sdn Bhd.

Anak syarikatnya, FELDA IFFCO Gida Sanayi Ve Ticaret A.S, yang beroperasi di Izmir, memproses, menapis dan membungkus minyak boleh dimakan seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak sawit, minyak kanola dan minyak zaitun.

FGH , Turki

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain