Projek IOR Dan EOR Petronas Akan Sumbang 150,000 Tong Minyak Sehari Pada 2020 - Niaga | mStar

Projek IOR Dan EOR Petronas Akan Sumbang 150,000 Tong Minyak Sehari Pada 2020

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek pemulihan minyak (IOR) dan projek pemulihan minyak dipertingkat (EOR) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyumbang tambahan 150,000 tong minyak sehari (bpd) kepada pengeluaran domestik menjelang 2020.

Naib Presiden Petronas (Perniagaan Pengurusan Eksplorasi dan Pengeluaran Petroleum), Adif Zulkifli berkata, teknologi IOR dan EOR berjaya meningkatkan pemulihan minyak antara 40 dan 50 peratus daripada purata 35 peratus di medan yang menggunakan kaedah tradisional.

"Peningkatan itu memberikan kami tambahan dua bilion tong minyak," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Teknologi Luar Pesisir Asia 2014 di sini Khamis.

Setakat ini, beliau berkata, terdapat sejumlah 20 bilion tong minyak dalam simpanan Malaysia.

Adif berkata selain meningkatkan faktor pemulihan minyak, projek IOR dan EOR turut membantu menangani penurunan pengeluaran di medan minyak matang.

"Projek itu mengurangkan penurunan pengeluaran minyak antara dua dan tiga peratus berbanding lapan hingga 10 peratus tanpa teknologi berkenaan," katanya lagi.

Pengeluaran minyak Malaysia kini sebanyak 500,000 bpd, susut berbanding 650,000 bpd semasa era puncaknya pada 90-an.

Mengenai projek EOR, Adif berkata syarikat itu ini mengenal pasti 14 medan untuk menggunakan teknologi EOR.

Tiga daripadanya sudah diluluskan, termasuk medan Tapis, luar pesisir Timur Semenanjung yang dijadual mengeluarkan minyak pertamanya awal tahun depan, ujar beliau.

"Dua lagi projek ialah medan minyak Baronia (kini dalam proses tender) dan medan minyak Betty (baru memperoleh kelulusan). Kedua-duanya di luar pesisir Sarawak," jelas Adif.

Kedua-dua medan minyak dijangka mula mengeluarkan minyak menggunakan teknologi EOR pada 2017 dan 2018, katanya.

Petronas , Adif Zulkifli , Baronia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

CIMB Perkenal Kad Kredit Baru

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa