suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perodua Sedia £1.2 Juta Untuk Pengedar UK Bagi Khidmat Lepas Jualan

Aminar Rashid Salleh.

KUALA LUMPUR: Perodua akan mengagihkan dana operasi bernilai £1.2 juta (RM6 juta) selama lapan tahun kepada pengedarnya di United Kingdom, Perodua UK Ltd, bagi meneruskan perkhidamatan lepas jualannya di sana.

Perkhidmatan lepas jualan termasuk memastikan adanya alat ganti, jaminan lepas jualan dan perkhidmatan penyenggaraan biasa kenderaan, demikian menurut pengeluar kereta nasional kedua itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, langkah itu bagi memberi jaminan kepada pelanggannya di United Kingdom bahawa Perodua kekal komited dalam menyokong mereka dan rakan kongsinya.

Beliau berkata, Perodua akan mengedarkan £1.2 juta dalam ansuran kepada Perodua UK setiap suku tahun sehingga akhir 2020.

Perodua mula mengeksport ke United Kingdom pada 1998 dan telah menjual hampir 13,000 kenderaan sehingga kini, daripada Kancil, yang dikenali sebagai "Nippa" di United Kingdom, Perodua Kelisa, Perodua Kenari dan Perodua Myvi.

Pada masa ini, Perodua UK mempunyai 55 wakil penyenggaraan di United Kingdom, yang terletak di England, Wales, Scotland, Ireland Utara dan Channel Islands.

Artikel Lain