suria

“Pakcik tu tepuk bahu” - Lelaki tak fikir Panjang terus ‘transfer’ RM100, kasihan dengar cerita sedih walau tak pernah jumpa

Orang yang baik pasti akan menyambut salam walaupun ditegur individu tidak dikenali. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas berkongsi kisah suaminya ditegur lelaki tidak dikenali.

Menurut wanita itu, ia berlaku ketika dia dan suaminya berada di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Pahang.

"Dua minggu lepas, jalan-jalan dekat mall dengan suami, tiba-tiba ada lelaki dalam usia 50-an, hulur tangan untuk salam dan tanya ingat tak dia siapa?

Kita boleh melihat pelbagai jenis manusia dengan ragam berbeza setiap kali membeli-belah di pasar raya. -Gambar hiasan AI

"Masa tu saya tengah pilih keju, rasa macam pelik sebab cara dia hulur tangan tu sambil tarik suami dan peluk dia. Saya dengar je dia cakap panjang-panjang.

"Suami saya tak ingat (dia siapa). Lelaki itu cakap dulu pernah kerja sekali. Dia cakap dia dulu polis bantuan. Suami layan je la," tulisnya memulakan cerita.

Menurut wanita itu, lelaki tersebut kemudiannya bercerita tentang masalah yang dialaminya sebelum menunjukkan baki di dalam akaun bank miliknya.

  • Kejadian berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kuantan.
  • Lelaki tak dikenali peluk suami dan dakwa mereka pernah kerja di tempat sama.
  • Lelaki itu cerita kisah sedih dan tunjuk baki akaun bank.
  • Suami tanpa sedar transfer RM100 guna kod QR.
  • Beberapa netizen kongsi pernah kena perkara sama.

Tanpa sedar, wanita itu mendakwa suaminya terus membuat transaksi dalam talian berjumlah RM100 ke akaun bank lelaki berkenaan.

"Tiba-tiba dia cerita anak baru meninggal, isteri masuk hospital sebab tekanan. Lepas tu tiba-tiba dia menangis. Masa tu saya dah rasa tak sedap hati.

"Kemudian dia tunjuk akaun bank dia ada dalam RM2 atau RM5 macam tu, saya tak ingat. Suami saya pun transfer RM100 guna kod QR.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela hati serah barang kemas dipakai dakwa dipukau, pelaku tenang buat jenayah! Lebih 24 jam baru sedar emas hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati jika terjumpa lelaki bersongkok jalur kuning... Pukau mangsa libatkan kerugian hampir RM30,000

"Masa tu baru saya sedar, kenapa suami bagi duit? Pakcik tu tepuk bahu suami lepas tu dia cakap terima kasih dan terus jalan laju-laju," ujarnya lagi.

Walaupun pelik dengan apa yang berlaku, dia berkata suaminya ikhlas dengan pemberian itu sekiranya lelaki tersebut benar-benar dalam kesusahan.

"Saya dan suami saling berpandangan, macam tercengang. Saya tanya kenapa bagi duit. Suami kata tak tahu, macam kesian.

Suami cakap dia tak kenal, tapi apa pakcik tu cakap betul. Tapi dia reda kalau betul susah. Kalau kena tipu, jawablah dia dengan Allah nanti," tulisnya lagi.

Mangsa pukau menyerahkan wang tanpa mereka sedar. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa individu berkata mereka juga pernah berdepan situasi sama.

"Kami pun pernah juga. Cerita yang sama, tapi jumpa di tempat lain.

"Aku pun penah kena dengan mamat ni. Polis bantuan gitu la, sudahnya nak pinjam duit konon bini kat wad.

"Allahuakhbar, macam pukau je tu sis," tulis netizen.

Artikel Lain