suria

“Perempuan bukan macam ayam kampung!” - Doktor berang wanita jadi ‘suspek’ utama punca perkahwinan tanpa zuriat

Wanita sering dipersalahkan apabila rumah tangga sunyi tanpa kehadiran zuriat. -Gambar hiasan

GOLONGAN wanita sering menjadi mangsa tohmahan dan herdikan apabila rumah tangga sepi tanpa kehadiran cahaya mata.

Mereka yang mengalaminya cenderung berasa tertekan sehingga ada yang disahkan kemurungan.

Menerusi satu hantaran, seorang doktor turut menyelar tindakan segelintir individu yang gemar menuding jari kepada wanita berhubung masalah zuriat.

Menurut Dr Raihana Ismail, golongan wanita bukanlah seperti ayam kampung yang boleh menghasilkan telur setiap masa.

Cahaya mata merupakan penyeri rumah tangga. -Gambar hiasan

"Perempuan ni bertelur (penghasilan ovum) sebulan sekali je, bukan tiap-tiap hari macam mesin telur ayam kampung.

"Itu pun kadang-kadang tak muncul kalau badan penat, hormon bercelaru atau mental down.

"Tapi apabila 'tak lekat', perempuan dahulu yang dipersalahkan," ujarnya.

Lebih menyedihkan apabila ibu mentua dan sanak-saudara turut menyalahkan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikhlas puji bayi rakan comel, wanita TTC terkedu tiba-tiba kena sembur dengan si ibu - “Apa salah saya?”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la hamil dulu, kemudian rahsiakan pula... Wanita TTC terus tinggalkan sahabat!

Tidak kurang juga yang mencadangkan pengambilan pelbagai jenis akar kayu kononnya dibaca dengan doa untuk memudahkan kehamilan.

"Ada yang cadangkan air akar kayu bercampur doa dalam tempurung kelapa setiap malam.

"Mak mentua pun join sekali... kita sama-sama bertelur sebulan sekali juga dulu," katanya sambil turut memberi peringatan kepada kaum lelaki.

Ini kerana katanya, sperma golongan lelaki sentiasa ada setiap hari.

Saya sembilan tahun kahwin baru lekat, selepas dah turunkan berat badan

WARGA MAYA

Namun tiada siapa yang menuding jari atau mempersoalkan mereka apabila usaha mendapatkan zuriat tidak berjaya.

"Sperma lelaki fresh setiap hari, tapi apabila tak jadi... dia senyap je sambil makan kuaci.

"Tiada siapa pun bertanya dan suruh buat analisa kesuburan, kononnya sperma lelaki sentiasa power.

"Padahal kalau sebiji telur tu dah bersedia, tapi sperma yang datang 'pemalas', berkepala dua, cacat... apa yang nak terhasil," jelasnya lagi.

Warga maya turut berkongsi pandangan dan pengalaman yang dilalui..

Warga maya turut berkongsi pandangan dan pengalaman yang dilalui..

Susulan itu, beliau berharap golongan wanita tidak dipersalahkan sekiranya bahtera perkahwinan sunyi tanpa kehadiran zuriat.

Malah, Dr Raihana meminta supaya kaum lelaki membuat analisa diri sendiri terlebih dahulu kerana dibimbangi bukan masalah pada ovum.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada wanita terutama mereka yang cuba mendapatkan zuriat.

Tidak kurang juga yang mendapatkan pandangan dan nasihat Dr Raihana tentang kehamilan.

"Kita usaha sembilan tahun doktor, pergi periksa kesuburan lima tahun lepas, dapat tahu air mani yang tidak aktif.

"Apa-apa memang perempuan yang salah, cuba tanya lelaki pula... letih!

"Saya sembilan tahun kahwin baru lekat, selepas dah turunkan berat badan," ujar beberapa netizen.

Artikel Lain