suria

“Hidup susahkan orang, macam mak kau!” - Bapa tengking anak, marah keluar ikut ibu pergi jamuan tak bawa telefon

Penceraian meninggalkan kesan emosi kepada anak jika tidak ditangani dengan baik. -Gambar hiasan

KETIKA dalam fasa berumah tangga tak bahagia, selepas bercerai juga kehidupan penuh berliku gara-gara sikap bekas suami.

Menurut cerita seorang wanita, kesepakatan yang dipersetujui dia dan bekas suami dalam urusan membesarkan anak-anak bagaikan tiada erti apabila masa yang diperuntukan kepadanya sering diganggu.

Jelasnya, hak penjagaan sudah diserahkan kepada bekas suami dengan dia diberi masa untuk bersama anak-anak pada setiap hujung minggu.

Namun dia begitu kesal kerana peluang singkat selama dua hari untuk bersama anak-anak sering dicemari sikap buruk bekas suami.

Seorang wanita mendakwa kerap diganggu bekas suami ketika bersama anak mereka. -Gambar hiasan

"Tak faham dengan bekas suami saya ni. Apabila (anak) dengan saya, dia kerap hubungi macam tak percaya cara saya jaga anak.

"Hubungi saya tanya benda biasa je seperti sudah makan ke. Kemudian dia cuma nak cerita fasal teman wanita dia," ujarnya memulakan cerita.

Tambah pengadu, dalam kejadian terbaharu dia berasa begitu sedih apabila anak-anak dimarahi bapa mereka hanya kerana perkara kecil.

"Anak ikut aku pergi open house tapi tak bawa telefon. "Dia punya marah anak sampai cakap hidup menyusahkan orang. Sama macam mak kau.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami pilih janda tua kerja ‘gomen’, nak tumpang duit pencen bayar hutang - “Kutip la ‘barang’ buangan saya kak!”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun rumah tangga diganggu ex-GF suami! Isteri pelik akaun media sosial mudah digodam, penyondol post foto zaman bercinta

"Eh melampau jantan ni. Anak mengadu (kena marah). Saya telefon bekas suami, tak angkat pula," kata wanita itu.

Wanita itu juga mempersoalkan sikap hipokrit bekas suaminya yang dilihat sering menyukarkan keadaan.

"Nak je saya bahasakan dia. Masa anak dengan dia, saya tak ganggu sangat. Kalau ada pun cuma mesej je.

Dulu masa saya nak ambil anak duduk sekali, dia tak bagi sebab takut nanti kena bagi nafkah.

PENGADU

"Lepas tu boleh pula dia cakap saya tak pedulikan anak. Apabila dengan saya, dia sibuk nak telefon minta balik awal. Masa anak dengan saya, dua hari je pun.

"Dulu masa saya nak ambil anak duduk sekali, dia tak bagi sebab takut nanti kena bagi nafkah. Masa anak dengan saya, satu sen pun tak bagi. Lemak betul bekas suami ni," jelasnya lagi.

Difahamkan, wanita ini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suami baharu dan berjaya move on daripada kisah lama.

Antara komen balas wanita itu kepada netizen.

Rata-rata netizen menyatakan sokongan terhadap wanita tersebut dan menganggap sikap bekas suaminya dipengaruhi rasa cemburu.

"Dia cemburu sebab awak boleh move on hidup tanpa dia. Padan muka dia.

"Tak angkat call pun sudah kata anak menyusahkan. Macam mana la anak hidup dengan dia setiap hari lain tu.

"Apabila dah selesai urusan anak dengan dia, silent telefon tu. Baca WhatsApp pun sebelum tidur je sis. Kalau tak penting, tak perlu balas terus. Jaga diri dan mental sis," komen netizen.

Artikel Lain