suria

Suami gaji 10K cuma beri nafkah RM500 selepas suruh isteri ada degree resign! Suri rumah senasib tampil kongsi taktik ‘kikis’ duit pasangan

Sudah menjadi kewajipan buat setiap suami menyediakan nafkah bulanan untuk isteri. -Gambar hiasan

BAGI golongan wanita berkerjaya, bukanlah satu keputusan yang mudah apabila akhirnya memilih untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

Walaupun sudah terbiasa dengan rutin kerja di pejabat dan memperoleh wang hasil titik peluh sendiri, namun mereka mengenepikan semuanya demi taat kepada permintaan suami yang mahu mereka berhenti kerja.

Sememangnya amat bertuah jika wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah ini diberi wang perbelanjaan tetap setiap bulan oleh suami sebagai nafkah untuk kegunaan sendiri.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga segelintir suami yang bersikap agak berkira apabila memberikan nafkah dalam jumlah yang sedikit kepada isteri selepas wanita tersebut melepaskan kerjayanya.

Kecoh seketika perdebatan di media sosial selepas seorang wanita membuat pengakuan mengenai nafkah yang diberi oleh suaminya, di mana ramai yang mengecamnya sebagai isteri yang tidak tahu bersyukur.

suri rumah 2

Ada segelintir wanita yang langsung tidak diberi nafkah oleh suami masing-masing. -Gambar hiasan

"Suami aku gaji RM9,000 lebih hingga RM10,000... ada komitmen untuk bayar rumah, kereta, bil, barang dapur semua. Aku pula suri rumah sepenuh masa, suami suruh duduk rumah je jaga anak. Jadi aku memang tak ada saving (simpanan) sangat.

"Nafkah untuk aku RM500. Korang rasa okay ke RM500 padahal gaji dia RM9,000 hingga RM10,000? Hampir tujuh tahun kahwin, dari gaji dia kecil sehingga sekarang ada lebih sikit, aku bersyukur.

"Aku ada degree perakaunan. Ikutkan boleh je kerja, gaji pun sedap. Tapi aku turutkan juga kemahuan suami tanpa bantah. Duit dia bagi dekat mak dia pun RM1,500. Itu yang buat aku terkilan sikit," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerja ‘gomen’ risau gaji tak berkat gara-gara sara suami suri rumah... Ini hukum Islam setiap pasangan perlu tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji isteri lebih tinggi, suami tetap berhabis! Rintihan dilayan kasar bikin ramai sayu, nasib pilih tak sekufu

Ternyata perkongsian wanita berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Di sebalik kecaman yang diterima di laman komen, namun ramai juga yang berkongsi kisah serupa malah ada yang lebih teruk apabila tidak diberi wang untuk keperluan sendiri, sebaliknya hanya diberikan duit untuk perbelanjaan dapur.

Bagaimanapun komen seorang suri rumah lain terhadap perkongsian tersebut turut meraih perhatian apabila dia berkongsi 'tip' bagaimana mahu mengumpul wang untuk dijadikan simpanan sendiri.

Laki ni bukan boleh percaya kalau ada duit banyak. Better 'kikis' dan simpan je untuk masa depan.

NETIZEN

"Saya dipaksa jadi housewife. So memang saya jadi kejam. Duit nafkah memang saya simpan tak usik. Nak beli apa-apa saya minta lagi duit.

"Hari-hari saya 'mengemis'.. saya tak kisah RM20, RM30 atau RM50. Saya merajuk dapat lagi duit. Dia nak keluar badminton, saya minta lagi duit. Jadi total sebulan saya boleh dapat RM1,000 tanpa dia sedar," kongsi suri rumah berkenaan.

Ternyata, ramai dalam kalangan warga maya yang turut bersetuju dengan pandangan berkenaan.

komen suri rumah

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"It's better... kalau dia dah banyak sangat duit nanti mulalah sibuk nak cari madu bagai. Laki ni bukan boleh percaya kalau ada duit banyak. Better 'kikis' dan simpan je untuk masa depan anak-anak cuma berpada-pada.

"Okay je kan buat macam ni. At least simpanan yang RM500 tu boleh guna kalau si suami tiba-tiba sakit sampai tak boleh gerak ke atau mati tiba-tiba. At least simpanan tu boleh guna sementara jumpa job yang lain.

"Senang cerita wahai kaum lelaki. Kalian mewahkan isteri dan anak-anak, mewahlah rezeki kalian," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain