suria

Makan tak puas! Pelanggan geram peniaga R&R jual burger RM3 tak cukup sifat... Suruh naik harga asalkan ada timun dan mayonis

Keadaan burger yang dijual di sebuah R&R yang tidak dinyatakan lokasi.

KEJUJURAN adalah perkara yang perlu ditekankan bagi setiap peniaga, bahkan ia dituntut dalam Islam demi mengejar keberkatan.

Namun masih ada sesetengah peniaga makanan yang cuba mencari keuntungan lebih hingga mengundang rasa marah pelanggan kerana merasakan diri mereka tertipu.

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Facebook mencuri tumpuan apabila dia memuat naik sekeping foto menunjukkan keadaan burger yang dibeli di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R&R) namun tidak dinyatakan lokasi.

R&R merupakan tempat persinggahan bagi pengguna lebuh raya berhenti menghilangkan lapar dan dahaga. -Gambar hiasan

"Masuk n*r*k* terus je la (peniaga) yang jual burger macam ni dekat R&R," katanya merujuk kepada burger yang hanya mengandungi roti dan daging tanpa sayur.

Menurut individu itu lagi, dia tidak mempunyai isu jika peniaga menaikkan sedikit harga bagi makanan tersebut memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat.

"Burger ni harga dia RM3. Kalau ye pun kos mahal, buatlah macam burger betul-betul. Harga letak mahal sikit pun tak apa janji cukup sifat burgernya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak suka peniaga ‘paksa’ beli kuih sebekas, nak macam dulu boleh pilih sebiji-sebiji... “Bukan semua nak makan kuih sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Kelantan tinggal kerjaya engineering, jual cek mek molek depan rumah lagi cepat kaya... Senang-senang dapat RM10,000 sebulan

"Ada timun dan mayonis pun kira okey dah. Banyak kali juga beli burger dekat R&R tak ada pula macam ni. Kali ni je kena scam (tipu)," tulisnya di ruangan komen.

Hantaran tersebut mengundang kecaman netizen setelah ia tular di Facebook.

Malah ada juga yang menyamakan keadaan makanan dijual sama seperti burger yang biasanya dijual kepada penonton di stadium ketika perlawanan bola sepak.

Pernah kena juga. Daging tu keras sampai tak boleh gigit.

NETIZEN

"Burger stadium be like. Level burger stadium ni.

"Ingatkan burger stadium bola," komen netizen.

Selain itu, semakan mStar mendapati beberapa warga maya turut meluahkan pengalaman mereka berdepan perkara sama.

Komen netizen di Facebook.

"Pernah kena juga. Daging tu keras sampai tak boleh gigit.

"Sudahlah sejuk. Empat hari lepas punya pun masih perangat.

"Burger 'syahdu' ni. Terasa sedih je bila makan," komen beberapa netizen lain pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain