suria

[V] Muka macam Nad Zainal, cara cakap pun sama! Wanita ini bukan nak popular, sekadar buat ‘affiliate marketing’ tambah duit poket

Wajah wanita bernama Fazira (kanan) dikatakan sama dengan Nad Zainal (kiri).

KEMUNCULAN seorang gadis di media sosial mencuri perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin.

Menurut gadis bernama Nurfazira Azhar Azaruddin itu, dia sudah biasa menerima komen sedemikian sejak di zaman sekolah lagi.

Cerita gadis berusia 28 tahun itu, teguran itu semakin kerap apabila dia meningkat dewasa.

“Masa belajar di universiti, kawan saya dekat sana pun mula perasan wajah sama macam Nad.

"Kawan-kawan sekarang pun ada juga yang cakap macam tu. Tapi apabila saya tengok balik muka sendiri tak sama pun," ujarnya yang mesra disapa Fazira kepada mStar.

Tambah Fazira yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat dari Universiti Malaya pada tahun 2020 itu, dia sama sekali tidak menyangka komen tentang wajahnya lebih kerap diterima menerusi TikTok.

Ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak, dia sendiri terkejut apabila bukan sahaja rupa parasnya dikatakan sama dengan pelakon malah gaya pertuturan juga dikatakan saling tak tumpah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Pernah jumpa dia depan-depan” - Gigih buat badan tapi wajah jadi perhatian, ramai sangka Janna Nick dah sado

ARTIKEL BERKAITAN: “Hai kembar” – Wanita jadi perhatian kerana wajah, suara mirip Fazura... suami lega tak dipanggil Fattah Amin

“Selalu saya abaikan saja apabila orang tegur cakap sama. Walaupun pernah juga dulu masa saya pergi McDonalds ada orang cakap sama macam Nad. Tapi waktu tu dah lama.

“Sekarang ni lebih ramai tegur di TikTok mungkin selepas mereka tonton drama Cina Buta lakonan Nad yang mengenakan tudung.

"Selain ditegur fasal kening, mulut, hidung, gigi... cara bercakap pun mereka kata sama. Saya terkedu juga apabila mereka cakap betul-betul sama tu,” katanya lagi.

Sama betul muka... kembar terpisah ke ni?

NURFAZIRA

Kata Fazira sungguhpun sering dikatakan persis selebriti yang baharu saja pulih daripada masalah pendarahan dalam paru-paru itu, dia sama sekali tidak mengambil kesempatan ini untuk meraih populariti di media sosial.

Katanya, dia hanya menggunakan platform TikTok untuk mencari rezeki namun akui ia sedikit sebanyak membantu usahanya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan di aplikasi tersebut.

“Dekat TikTok tu saya ada juga buat duit sampingan dengan jadi dropship. Memang semata-mata nak join program affiliate dan tak ada niat lain pun.

Fazira terkedu apabila wajahnya disamakan dengan Nad Zainal.

"Sambutan agak baik. Alhamdulillah ada juga yang membeli," ujarnya lagi.

Menurut Fazira lagi, dia juga menganggap komen-komen usikan yang mengaitkannya dengan pelakon itu sebagai satu jalan pembuka rezeki untuknya.

Mengenai Nad, Fazira mengakui bahawa dia meminati pelakon berkenaan yang disifatkan sangat berbakat.

Komen netizen di TikTok.

Hampir 24 jam video mengenai wajahnya disamakan Nad Zainal dimuat naik, rakaman tersebut meraih hampir 900,000 jumlah tontonan di TikTok.

“Ya Allah sis ingat Nanad (panggilan manja untuk Nad Zainal) tadi.

“Ini dah 90 peratus sama berbanding yang orang kata muka macam Fazura tu.

“Sama betul muka. Kembar terpisah ke apa ni,” komen netizen pada video tular.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain