suria

Ramai mengaku trauma, ada sejarah hitam dinoda ahli keluarga masa kecil! Budak baru lepas sunat pun nak diraba

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengetahui mereka menjadi mangsa seksual sehingga usia meningkat. - Gambar hiasan

PENDEDAHAN demi pendedahan di platform media sosial membuktikan jenayah seksual dalam kalangan ahli keluarga terdekat sememangnya wujud, malah banyak berlaku.

Namun disebabkan enggan membuka aib, tidak memahami, malu, bimbang dan berasa takut 'aduan' tidak dipercayai, kebanyakan mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak bawah 12 tahun enggan 'buka mulut'.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara ternampak adegan intim mak dengan boyfriend, murid lelaki ajak rakan perempuan ‘one by one’ atas katil

Seperti yang didedahkan pemilik akaun Twitter, Abudi Alsagoff baru-baru ini, dia menerima luahan daripada seorang wanita yang pernah menjadi mangsa serangan seksual daripada ahli keluarga terdekat.

Dia turut mengakui kes seumpama itu banyak berlaku di Malaysia susulan menerima banyak pengakuan daripada mangsa yang terbabit dalam kes ini.

Antara perkongsian yang didedahkan adalah 'kanak-kanak berusia enam tahun yang menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa saudara'.

status

Pengakuan seorang wanita yang dikongsikan di Twitter.

Berdasarkan tangkap layar coretan tersebut, wanita terbabit turut mengakui berasa takut untuk membuka mata semasa perbuatan terkutuk dilakukan terhadapnya ketika dia sedang tidur.

"When I was 6, my pakcik pernah masukkan p***s dia dalam I punya... I have no idea whats going on sebab baru enam tahun.

"I tengah tidur lepas itu dia buat macam tu, I takut nak buka mata. Selepas itu, masa I darjah 5, paksu I suruh urut dia but the position is I kena duduk atas dia punya," katanya.

"Also budak lelaki yang mak ayah buat majlis bersunat dan saudara datang buat dirty jokes or meraba his p***s jokingly.

NETIZEN

Apa yang lebih mengejutkan adalah, dia juga hampir menjadi mangsa rogol sepupu sendiri ketika kanak-kanak.

Susulan kejadian itu, apabila meningkat usia, dia mengakui berasa benci apabila melihat individu-individu terbabit serta tidak dapat memaafkan perbuatan mereka.

Kesemua mereka kini telah mempunyai anak walaupun pada masa lalu melakukan perbuatan terkutuk terhadap dirinya.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual cenderung mengalami masalah kesihatan mental. - Gambar hiasan

Kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual cenderung mengalami masalah kesihatan mental. - Gambar hiasan

Mengakui trauma dengan kejadian yang berlaku, dia kini berasa takut serta sukar untuk mempercayai mana-mana individu.

"Tak beritahu mak sebab tak nak gaduh... so I simpan semua ni sendirian, sampai sekarang menangis sebab itu," luahnya sedih.

Pendedahan yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen selain diulang kicau dan dicapai lebih 873,000 pelayar.

Menyusuri komentar di ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang pernah melalui titik hitam dan menjadi mangsa kerakusan saudara mara sendiri.

"Saya pun pernah kena finger dengan cousin sendiri semasa tidur... masa tu takut sangat nak beritahu ibu jadi tulis dalam diari. Lastly kantoi, ibu terbaca pastu soal macam-macam. Sejak itu, setiap kali balik kampung memang ibu tak bagi anak-anak dia dekat dengan sepupu.

"Actually, I pun kena macam ni since I was little kid. First time kena when my abang bawa balik kawan dia for sleepover... my family at that time is a disaster, my dad just left and my mom doesn't want to know anything about us.

netizen

Beberapa netizen mengakui pernah berdepan situasi sama.

"Saya juga mangsa gangguan seksual dan rogol semasa usia 11 tahun.

"I've been this situation but minor and orang tu pun dah meninggal, 'anon' this is sick, you should jumpa pakar yang boleh handle this situation... jangan simpan macam ni," luah beberapa netizen yang pernah mengalami situasi sama.

Tidak kurang juga yang menasihati wanita berkenaan untuk berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang kesihatan mentalnya terjejas.

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan kanak-kanak lelaki turut menjadi mangsa serangan seksual ahli keluarga terutama ketika majlis berkhatan diadakan.

"Also budak lelaki yang mak ayah buat majlis bersunat dan saudara datang buat dirty jokes or meraba his penis jokingly. I can never understand this stupid culture," tambahnya.

Malah ada yang menyatakan terdapat 80 peratus individu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) mempunyai pengalaman sebagai seorang pedofilia.

"Sebenarnya ramai pedofilia, ramai jadi mangsa... yang LGBT kalau korang (anda) kenal mereka, I can say 80 percent ada pengalaman pedofilia," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain