suria

Perodua Axia baik punya parkir di tempat cas kereta elektrik, tak nak mengalah dengan T20 - “Saya datang dulu, saya punya la”

Tempat letak kenderaan elektrik telah disalah gunakan oleh kenderaan biasa.

KENDERAAN elektrik dikatakan mampu menamatkan kebergantungan manusia kepada bahan api petroleum.

Walaupun pasaran kenderaan elektrik bersifat hijau kepada alam sekitar tetapi ia diakui lebih mahal berbanding kenderaan konvensional.

Oleh itu kerajaan menggerakkan beberapa insentif untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik antaranya prasarana hab mengecas kereta yang diperbanyakkan di seluruh negara.

Ciapan asal di laman Twitter.

Namun begitu, satu ciapan tular di laman Twitter menunjukkan bagaimana parkir khas untuk kenderaan elektrik 'dirampas' kereta Perodua Alza dan Axia.

"Kesian private company keluar duit pasang fast charger mahal dekat highway.

"Akhirnya jadi parking lot kereta Alza dan Axia," kata seorang warga maya dalam ciapannya.

Dalam ciapan itu juga dikepilkan sekeping gambar menunjukkan keadaan lot parkir yang padat.

ARTIKEL BERKAITAN: KLIA, KLIA 2: Lapangan Terbang Pertama Guna Kenderaan Elektrik Di Asean

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta elektrik terjunam dari tingkat tiga, dua pekerja maut

Berkemungkinan pemilik kereta Alza dan Axia tersebut sedang mengejar masa dan terdesak sehingga mengambil jalan mudah untuk meletakkan keretanya di tempat hab mengecas kenderaan elektrik.

"Ini dia sisi buruk rakyat Malaysia yang kurang berpendidikan, maaf cakap.

"Saya pergi berhadapan dengan kedua-dua pemilik kenderaan tu, seorang cakap kena tukar tempat ke, berapa banyak nak kena bayar untuk park sini?

"Lagi seorang cakap saya datang dulu untuk parking sini, jadi saya punya tempat la," tulis warga maya dalam kapsyen gambar itu.

Disebabkan mentaliti rendah orang Malaysia, tak pasal syarikat kenderaan elektrik kena fikirkan inisiatif lain untuk parking kereta elektrik.

NETIZEN

Individu yang meluahkan perasaan itu dipercayai merupakan pemilik kenderaan elektrik berdasarkan pemerhatian warga maya pada cermin sisi keretanya.

"Side mirror kuning tu berkemungkinan besar kereta MINI Electric, bateri kecil jadi betul-betul perlukan highway charger untuk merentas negeri," kata netizen tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menceritakan pengalaman menyaksikan mereka yang tidak bertanggungjawab meletakkan kereta di hab mengecas kenderaan elektrik.

Hab pengecas kenderaan elektrik di Malaysia. -Gambar hiasan

"Terjadi di hadapan mata saya, Hospital Pantai Amanjaya Laguna, Merbok, Kedah, pakcik suruh anak dia suruh masuk parking kenderaan elektrik.

"Anak dia tak nak tapi ayah dia cakap tak apa nak cepat, dah pukul 4 ni," ujar netizen itu menceritakan kisahnya.

"Disebabkan mentaliti rendah orang Malaysia, tak pasal syarikat kenderaan elektrik kena fikirkan inisiatif lain untuk parking kereta elektrik.

"Mungkin boleh buat parking berpagar atau yang tertutup dan hanya pemilik kenderaan elektrik yang boleh ada kod untuk akses," kata seorang pelayar memberikan cadangan.

Ciapan balas sebahagian warga maya.

Seorang warga maya juga sempat menyenaraikan perkara lain yang boleh dikira sebagai perilaku tidak bertamadun.

"Letak kereta di parkir kenderaan elektrik, motosikal dekat parking kereta, orang bukan Orang Kurang Upaya (OKU) letak kenderaan dekat tempat OKU.

"Dan letak kereta block jalan tak tinggal nombor telefon," kata pelayar itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain