suria

Menyesal berhenti kerja jadi suri rumah, wanita ini dipandang rendah tiada duit sendiri... Dihina pula ’tumpang’ harta suami

Wanita ini menceritakan bagaimana dia dipandang rendah kerana dia adalah seorang suri rumah. -Gambar hiasan

DEMI mendidik dan membesarkan anak di depan mata, sesetengah isteri sanggup meninggalkan kerjaya mereka atas rasa tanggungjawab terhadap keluarga.

Namun ternyata pilihan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.

Lebih-lebih lagi apabila apabila berdepan dengan persepsi negatif daripada mereka yang berfikiran cetek.

Ciapan asal di laman Twitter.

Menerusi luahan seorang wanita yang enggan dikenali, dia akui sedih apabila dipandang rendah oleh keluarganya kerana dikatakan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri.

"Kalau saya ingat balik zaman bercinta dulu memang bahagia sangat. Lepas dapat anak, saya putuskan untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa.

"Saya nak jadi ibu dan isteri terbaik untuk keluarga kecil saya ni. Suami pun tak halang decision saya ni," ujar wanita itu di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Masa jadi suri rumah dilayan macam hamba, dah kerja terus dapat layanan baik... isteri terguris suami cuma sayang gajinya

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum kahwin lembut orangnya, dapat 2 anak isteri terus jadi garang! Suami takut nak balik rumah terpaksa bercerai

Walaupun begitu, niat murninya itu turut disulami rasa sunyi kerana dia hanya bersendirian di rumah ketika suaminya bekerja.

"Saya tak ada kawan bercakap sepanjang hari. Rutin saya sama je setiap hari. Masakkan breakfast suami, kemas rumah, urus anak. Itu je la setiap hari.

"Suami balik rumah pun dah malam, penat, lepas mandi terus tidur. Tak sempat nak berbual apa-apa sebab esoknya pagi pukul 6:30 dia dah gerak pergi pejabat," kata wanita itu meluahkan perasaan.

Lebih mendukacitakan untuk wanita itu apabila jasa dan pengorbanannya sebagai seorang suri rumah seolah-olah tidak dihargai.

Saya selalu nak jadi suri rumah tapi bila fikir mak ayah hantar pergi universiti belajar sampai master terus tak jadi ye.

NETIZEN

"Saya nampak apabila dah tak kerja ni tak ada orang hormat saya sebagai manusia yang berperasaan.

"Saya faham saya tak dapat bagi duit bulanan atau belanja ibu bapa bercuti dan makan-makan.

"Tapi jangan la layan saya seperti acuh tak acuh. Layanan berat sebelah, tak sama dengan adik-beradik saya yang lain yang hulur duit setiap bulan," luah wanita itu terasa hati.

Hati yang sudah dihiris-hiris nipis itu bertambah parah apabila keluarga sebelah suaminya juga memberikan wanita itu layanan kelas kedua.

"Kalau balik rumah mertua pula memang saya la menantu yang akan ke dapur masak, ye la adik-beradik suami semua bekerja.

Tugasan suri rumah untuk wanita ini dirasakan sunyi. -Gambar hiasan

"Saya seorang suri rumah je, siapalah saya di mata mereka. Memang tempat saya di dapur je la," luah wanita itu lagi.

Situasi seperti itu membuatkan wanita ini buka mata tentang realiti sebenar seorang suri rumah.

"Macam ni rupanya perasaan jadi suri rumah. Saya bayangkan keluarga yang bahagia, sambut suami balik kerja dengan anak-anak.

"Tapi realitinya hidup saya sunyi. Keluarga pun pandang saya sekadar menumpang suami. Tak menyumbang ekonomi keluarga.

"Saya rasa saya patut bekerja untuk dapatkan semangat saya semula," kata wanita itu memikirkan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Ciapan balas sebahagian warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya memberikan nasihat untuk membantu wanita itu mengharungi cabarannya.

"Kalau awak masih nak teruskan jadi seorang suri rumah, cari hobi. Mungkin boleh buat yoga, menjahit, melukis atau bercucuk tanam.

"Mindset kena tukar sis. Jangan kata awak menumpang ekonomi suami. Suami memang bertanggungjawab ke atas awak. Pedulikan orang nak cakap apa.

"Cuba buat bisnes jadi agent mana-mana produk ke. Seronok tau sambil jadi suri rumah," kata sebilangan netizen.

Namun begitu, ada juga seorang netizen yang tidak bersetuju dengan konsep tugasan seorang suri rumah.

"Saya selalu nak jadi suri rumah tapi bila fikir mak ayah hantar pergi universiti belajar sampai master terus tak jadi ye.

"Rasa bersalah dengan parents," kata seorang pelayar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain