suria

Tak berkelip mata mengintai gadis Melayu pakai singlet dan hot pants! Mangsa cerita pengalaman hitam di Jepun, menyesal tak pasang langsir

Seorang wanita menceritakan pengalaman diintai ketika berada di Jepun.

TIDAK ada tempat yang selamat di dunia dari ancaman lelaki berhidung belang.

Mereka yang berniat serong ini akan mengambil kesempatan jika peluang berjaya dihidu.

Negara matahari terbit yang disangka selamat juga ternyata ada bahaya yang sedang menanti.

Wanita ini berkongsikan kisah hitamnya di Jepun melalui satu video di TikTok.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita yang senang disapa sebagai Anne berkongsikan kisah bagaimana dia diintai oleh seorang lelaki gila seks di Jepun.

"Ramai ingat Jepun ni selamat tapi itu tak selalunya betul tau. Waktu tahun pertama saya dekat sana, saya duduk bilik di asrama.

"Dalam bilik saya tu ada satu tingkap besar dan bilik saya di ground floor," ujar Anne memulakan penceritaan kisahnya.

Menurut Anne, tingkap besar itu menjadi permulaan kepada mimpi ngerinya yang membuatnya seram sejuk mengingatinya kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Angkara ternampak adegan intim mak dengan boyfriend, murid lelaki ajak rakan perempuan ‘one by one’ atas katil

"Dekat tingkap tu ada penghadang untuk halang orang yang lalu lalang dekat luar dari tengok dalam.

"Cuma dekat bahagian atas dengan bawah je dia ada space kecil untuk cahaya matahari masuk dan pengudaraan.

"Jadi waktu tu musim panas, kalau korang nak tahu summer dekat Jepun memang berkuap.

"Saya duduk seorang, saya pun pakai je la singlet dengan short pant sebab nak sejukkan badan," kata Anne.

Saya waktu tu terkejut sangat nak jerit pun tak terkeluar suara. Saya berdiri kaku. Kami saling berpandangan.

ANNE

Sungguh tidak disangka apabila privasi di dalam bilik Anne itul diceroboh dan tubuh badannya menjadi tontonan pandangan mata yang tidak diundang.

"Saya tak buka penghawa dingin sebab aircond (bil elektrik) dekat sana mahal. Dan saya pun buka tingkap sebab nak bagi angin masuk.

"Waktu tu saya sedang duduk membelakangi tingkap tersebut sambil buat kerja, jadi saya tak perasan apa yang tengah terjadi dekat tingkap itu.

"Saya tak pasang langsir sebab saya ingat tak perlu, tetapi sebenarnya kena ada langsir especially kalau duduk ground floor, bahaya, itu silap saya.

"Tiba-tiba apabila saya toleh belakang, saya nampak ada sepasang mata dekat space kecil bahagian bawah tingkap tu tengah tenung saya," kata Anne terkejut.

Anne menetap di bilik aras bawah di asramanya. -Gambar hiasan

Anne berkata mata itu sedang khusyuk memandangnya sehingga tidak berkelip walau sekali pun.

"Mata dia memang besar dan bulat duduk tengok saya. Tak berkelip langsung.

"Lagi pelik apabila dah kantoi, saya ingat ke dia nak lari, tapi dia tetap pandang saya tak berganjak pun. Macam terpegun sangat tengok saya.

"Waktu tu saya terkejut sangat nak jerit pun tak terkeluar suara. Saya berdiri kaku. Kami saling berpandangan," cerita Anne tentang detik mencemaskan itu.

Ketika maruahnya sudah dicabul, Anne mengumpulkan saki-baki keberanian yang tersisa untuk pergi menutup tingkapnya yang sedang terbuka luas.

"Selama beberapa saat we are staring at each other. Lelaki itu memang tak nak pergi, jadi saya yang kena pergi tutup tingkap tu, kalau tak lagi lama dia tengok saya.

Anne menggambarkan mata yang sedang mengintainya itu sebagai bulat dan tidak berkelip. -Gambar hiasan

"Apabila saya makin dekat dengan tingkap tu, mata dia lagi besar membulat duduk tengok saya. Lepas tu saya terus tutup tingkap dan saya pun tak tahu apa yang jadi dengan lelaki tu.

"Mungkin dia pergi bilik lain pula kot untuk mengintai," ujar Anne yang ketika itu dalam ketakutan.

Anne selepas insiden penuh trauma itu segera menghubungi rakannya bagi berkongsi pengalaman menakutkan dan memalukan itu.

"Jantung saya waktu tu memang berdegup kencang. Saya terus call kawan saya, dia tak boleh datang dekat saya sebab dia duduk dorm lain.

Warga maya membuat spekulasi mengatakan mata yang mengintai Anne itu sebagai makhluk halus.

"Dia suruh saya cepat-cepat kunci pintu dan kunci tingkap. Malam tu saya tidur memang tak tenang.

"Lepas kejadian tu saya memang tak buka tingkap dah. Selama-lamanya saya tutup. Saya buka aircond je. Lepas tu pun saya pasang langsir," ujar Anne mengakhiri bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kerisauan mereka kepada rakyat Malaysia yang sedang menetap di Jepun.

"Saya selalu dengar macam-macam cerita tentang Jepun, macam mana orang boleh fikir dekat sana selamat.

"Waktu saya dekat Jepun, ada seorang lelaki orang tempatan ajak saya makan dekat restoran sambil tengok saya atas bawah, padahal pakaian saya sopan je, seram.

"Ada kemungkinan yang itu makhluk halus juga. Ada ke manusia yang boleh tenung sampai lama macam tu?," kata sebilangan warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain