suria

Ibu terkejut tengok leher anak bengkak, kepala senget! Rupanya sel kanser merebak saraf tunjang... Doktor ramal umur tak panjang

Ibu dan bapa Fayyadh tidak pernah berputus asa mengharapkan yang terbaik buat anak mereka.

HATI ibu mana yang tidak luluh melihat si anak yang sepatutnya gembira bermain bersama rakan seusia terpaksa menanggung derita penyakit kanser tahap empat,

Namun apakan daya, sudah takdir Tuhan apabila si anak yang pada ketika itu baru berumur empat tahun perlu mengharungi dugaan besar itu.

Ibunya yang mahu dikenali sebagai Ain menceritakan perjalanan memeritkan anak kesayangannya, Umar Fayyadh Mohd Haniffah yang kini berusia lima tahun disahkan menghidap ketumbuhan embrional sistem saraf tunjang.

Kata Ain, pada mulanya disangka hanya sakit biasa dan doktor juga tidak mengesyaki apa-apa yang janggal.

“Masih segar dalam ingatan saya, pada hari berkenaan Fayyadh datang dekat dan menjerit kesakitan. Saya hantar Fayyadh ke sebuah pusat perubatan untuk tengok apa jadi.

“Anak saya tak pandai cakap sebab waktu itu umur dia masih empat tahun, dia tak pandai beritahu sakit dekat mana. Sakit dia on-off jadi susah nak kesan punca," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Darah meleleh selama 2 jam! Pemuda hidap kanser hidung kena tangguh belajar... Terpaksa pula kerja demi bayar kos rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis titip doa di Tanah Suci agar dijodohkan, kekasih derita kanser usus dijemput Ilahi... Baju raya tak gosok jadi kenangan terakhir

Tambah Ain yang berasal dari Kuching, Sarawak, dia juga pernah melalui detik cemas apabila dihubungi pihak sekolah bagi memaklumkan Fayyadh menangis tanpa diketahui punca sebenar.

“Ada satu hari itu, sekolah Fayyadh call dan cakap anak puan menangis-nangis mengadu sakit, saya pun terus pergi sekolah ambil dia.

WhatsApp Image 2022-10-07 at 1.20.20 PM

Fayyadh ketika menerima rawatan di hospital.

“Apabila saya buka baju dia, tengok di bahagian leher dah bengkak dan kepala dia senget, saya dah risau. Saya terus hantar ke hospital.

“Malam itu buat imbasan MRI, dunia saya terus jadi gelap apabila doktor datang beritahu hal sebenar. Ramai doktor dan nurse cuba tenangkan saya.

“Anak saya ada kanser! Ada ketumbuhan besar di pangkal otak. Doktor beritahu kena buat pembedahan segera,” luahnya.

Doktor ada cakap anak saya ni bila-bila masa saja boleh pergi... masa tu saya terus menangis.

AIN

IBU

Susulan itu Ain berkata dia akur dengan takdir yang menimpanya dan bersedia untuk mengikut segala saranan perubatan daripada doktor agar Fayyadh dapat diberikan kesembuhan semula.

“Selepas pembedahan pertama pada tahun 2021 saya diberitahu ketumbuhan itu dah tak ada. Tetapi Fayyadh perlu buat rawatan susulan radioterapi dan kemoterapi.

“Tetapi Tuhan maha berkuasa... Ogos lalu sel kanser muncul semula dan kali ini dah merebak jauh dalam otak dia.

WhatsApp Image 2022-10-07 at 1.20.20 PM (1)

Ibu Fayyadh sentiasa mendoakan agar ada sinar di penghujung jalan.

“Bukan dekat otak sahaja, kanser ada dekat saraf tunjang dia daripada dekat pangkal otak sampai bawah dekat tulang punggung. Nak buat pembedahan dah tak boleh, sangat berisiko.

“Doktor ada cakap anak saya ni bila-bila masa saja boleh pergi. Masa tu menangis terus saya... ya Allah anak aku dah nak pergi ke?” kata Ain.

Fayyadh kini diberikan rawatan paliatif iaitu hospital akan berikan sokongan emosi dan semangat untuk meringankan perjalanan terakhir pesakit.

“Saya reda, daripada segi medical term anak saya mungkin dah tak boleh buat radioterapi, kemoterapi dan pembedahan lagi, tetapi saya ada Allah.

“Saya teruskan berdoa dan bergantung kepada Dia. Doa daripada saya sebagai ibu, doa dari suami saya sebagai ayah dia, doa dari orang ramai, InsyaAllah akan diangkat kesakitannya dan Fayyadh dapat bertahan lama,” kata Ain penuh harapan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain