suria

Tergoda dengar suara ‘jantan’ rakan sepejabat, wanita sanggup khianat tunang sendiri... Pantang ajak terus setuju!

Wanita itu tergoda dengan rakan sepejabatnya sehingga dia setuju untuk keluar bersama pada hujung minggu. (Gambar Hiasan)

FASA bertunang membolehkan kita mengenali pasangan dengan lebih dekat sebelum menginjak ke alam rumah tangga.

Dalam fasa itu, si teruna dan dara pastinya berdepan pelbagai ujian sehingga ada yang hubungan yang berantakan dan berakhir di tengah jalan.

Terbaharu, seorang wanita membuat pengakuan mengenai bahawa dia mula curang dengan tunang sendiri.

837DF77C-646B-4E10-80A9-9660D181923C

Wanita itu berkata dia sudah lama memendam perasaan terhadap rakan sepejabatnya.

Tidak mendedahkan identitinya, wanita itu berkata dia secara tiba-tiba jatuh hati terhadap rakan sekerjanya.

"Macam mana nak start eh. Aku dah tunang. Tapi sebelum jumpa tunang, aku ada crush kat seorang lelaki kat office aku kerja ni.

"Kami tak pernah bercakap. Just senyum je apabila terserempak. Tapi sejak bulan lepas dah start bercakap. Gitu-gitu je. Kadang tu terjumpa kat pantry, so minum sekali," ujar wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah adik lelaki ‘cucuk langit’ terpampang di TikTok, kisah curang jadi buah mulut... Kakak harap bekas adik ipar berhenti buka aib

Bercerita lanjut, dia mengakui mula tertarik kepada lelaki itu kerana suaranya yang 'jantan' biarpun rupa parasnya biasa-biasa sahaja.

Perkenalan di pejabat juga membuatkan mereka semakin selesa sehingga lelaki itu mengajaknya untuk keluar bersuka ria pada hujung minggu.

"Dia tak la handsome sangat tapi suara dia jantan. Sekali semalam dia cakap aku cute la gitu. Aku pun macam berbunga la kan.

Aku dah sayang tunang aku tapi aku dah lama crush dia ni dan tiba-tiba dia approach aku pula.

WANITA TUNANGAN ORANG

"Lepas tu dia ajak aku dating weekend ni. Aku tak tahulah gila ke apa aku terus setuju. Now aku rasa macam cheating pula.

"Aku dah sayang tunang aku tapi aku dah lama crush dia ni dan tiba-tiba dia approach aku pula. Boleh gila aku min (admin)," luah wanita itu menerusi perkongsian di Twitter @ConfessTweetMY.

Dalam tempoh kurang 24 jam selepas dikongsi ke Twitter, wanita tersebut menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya menyelar tindakannya itu.

Selain menegur tindakan tidak matang wanita itu, sebilangan netizen turut menasihati agar dia berfikir sedalamnya sebelum berlaku curang terhadap tunang sendiri.

Shoppers maintaining a physical distance on escalators at a mall in Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

Wanita itu turut setuju apabila diajak untuk keluar pada hari cuti dengan lelaki tersebut.

"Bodoh. Sebelum kau tunang mesti kau bercinta dengan tunang kau? Apa function kau bercinta dengan orang lain tapi ada crush kat orang lain?

"Ujian orang bertunang, buatlah keputusan terbaik untuk diri anda sebab hanya anda sahaja yang boleh fikir mana baik mana buruk.

"Hakikatnya gatal, tahu dah tunang lagi nak keluar dengan laki lain, tu bukan takdir tapi pilihan.

"Memang gatal! Dah bertunang tapi acah single tu yang terus accept laki tu ajak keluar.

"Perempuan tak salah. Perempuan mana pernah salah. Yang salah laki tu. Sebab laki tu buaya," tulis seorang lagi netizen secara sinis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain