suria

Top 5 walau cedera! Baru lari 7km kaki dah terseliuh, bapa hantar audio WhatsApp untuk gadis ini tamatkan larian 32km

Gadis berjaya tamatkan larian sejauh 32 kilometer dalam keadaan kaki terseliuh.

KATA-kata perangsang dan nasihat yang dititipkan oleh ibu bapa pastinya membuatkan anak-anak lebih bersemangat untuk berjaya.

Begitulah juga dengan Shamiera Auther, apabila bapanya menghantar audio memberikan sokongan moral dari jauh ketika dia tercedera semasa menyertai acara larian Kadaimaian Adventure Race.

Bercerita kepada mStar, gadis berusia 21 tahun ini memperincikan semula kisah bagaimana dia mampu menamatkan larian sejauh 32 kilometer (km) walaupun mengalami kecederaan pada kaki.

“Saya sertai satu acara trail running di Kota Belud, Sabah. Saya join acara 32km.

“Pada jarak 8km pertama tu, jalan teruk sangat. Banyak batu, batu berlumut, jalan berlumpur dan banyak akar pokok terkeluar. Laluan trail tu pun agak sempit (single trail).

“Macam dalam video tu, saya terjatuh pada kilometer ketujuh. Kaki kanan saya tersekat dekat akar pokok. Saya terus terjatuh ke batu dan kaki tersekat di akar pokok tu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi duka calon SPM, bekas pengawal pengiring Almarhum Sultan Kedah dijemput Ilahi ketika anak jawab soalan Matematik... sempat titip pesan kejar impian jadi guru

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah pilu di stesen bas, makcik kerja cuci masjid luah rasa sedih... Titip pesanan buat anak-anak jangan abaikan mak ayah

Akibat kejadian tersebut, kaki Shamiera terseliuh tetapi dalam masa sama dia mahu meneruskan larian.

Katanya, stesen air dan pasukan medik berada pada kilometer kelapan maka dia terpaksa berjalan kaki dalam keadaan cedera sepanjang satu kilometer.

Dia kemudiannya memberitahu apa yang berlaku kepada bapanya yang tidak dapat turut serta melihat dia beraksi pada hari tersebut.

Shamiera minat bersukan sejak usia 15 tahun.

“Saya berhenti berlari dan berjalan ke water station. Masa tu saya beritahu bapa apa yang terjadi pada kaki sebab saya jarang cedera masa perlumbaan.

“Selalunya dia ada masa saya sertai mana-mana acara atau pertandingan tapi masa tu dia dekat Semenanjung.

“Lepas tu saya terus panggil medik dan mereka spray dan balut kaki. Mereka juga ada offer nak bagi painkiller tapi saya ada bawa peti pertolongan cemas asas sendiri,” katanya.

Melihat kecederaan kakinya yang agak serius, pasukan perubatan bertanya pada Shamiera jika dia mahu meneruskan larian atau sebaliknya.

Tapi saya tak nak putus asa dan berhenti awal sebab performance selepas latihan sebelum ni sangat baik.

SHAMIERA

Namun, menurut gadis yang berasal dari Sabah ini dia tidak mahu berputus asa setelah bersusah payah melakukan latihan sejak beberapa bulan sebelum ini.

Apatah lagi setelah menerima audio daripada bapa yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya pada ketika itu, membuatkan dia lebih bersemangat untuk meneruskan larian.

“Lepas pasukan medik rawat saya, mereka terus tanya sama ada nak teruskan atau tidak sebab water station dan medik sejauh 12km lagi.

“Tapi saya tak nak putus asa dan berhenti awal sebab performance selepas latihan sebelum ni sangat baik.

Shamiera bersama bapanya.

“Dalam video tu, suara latar yang saya masukkan tu merupakan audio yang dihantar oleh bapa masa saya mesej dia pasal kecederaan. Rasa nak nangis dengar audio tu sebab biasanya tengok momen macam ni dekat televisyen saja,” ujarnya lagi.

It is alright. Listen to your body okay. Whatever abah says, it is up to you. Miss you. You know best of your body’ merupakan antara kata-kata semangat diungkapkan si bapa dalam audio tersebut.

Pada masa itu dia hanya membayangkan perasaan gembira jika dia mampu menamatkan lariannya, justeru dia meneruskannya dengan cara berjalan dan berlari secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun, katanya, seteleh tiba di kilometer ke-15, kakinya mula terasa berat dan kebanyakan peserta pada masa itu berada di bawah terik matahari.

Dia kemudiannya menggunakan running pole untuk membantu lariannya yang pada ketika itu sudah berada di kilometer ke-20.

Bapa Shamiera sentiasa memberi sokongan moral terhadap minat anaknya.

“Masa dah lari lebih kurang 30km, saya sangat seronok sebab dah lepas semua cabaran nak menuju ke garisan penamat.

“Bila sampai saja garisan penamat, perkara pertama yang saya buat adalah beritahu ahli keluarga sebab mereka tak dapat sertai saya pada hari tersebut.

“Sama juga seperti saya kongsikan video di TikTok, ramai orang mengucapkan tahniah pada saya bila berjaya menamatkan larian dan peroleh top 5 dalam acara tersebut,” katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain