suria

Kongsi kisah pilu di stesen bas, makcik kerja cuci masjid luah rasa sedih... Titip pesanan buat anak-anak jangan abaikan mak ayah

Pertemuan Dira dan rakan-rakan dengan seorang wanita mengundang sebak.

BIARPUN Ramadan telah melabuhkan tirai, namun kerja keras umat Islam melipatgandakan amalan di bulan yang mulia itu berbaloi.

Masing-masing berusaha dalam pelbagai cara untuk menambah baik amalan seperti membantu masyarakat terutama golongan yang memerlukan.

Tidak terkecuali wanita berusia 25 tahun, Dira Zulkifli yang melakukan kerja amal dengan memberi sumbangan berbentuk makanan pada bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mainan tak tenggelam..." - 'Jawapan jujur' kanak-kanak mangsa banjir ditanya tentang permainan buat ramai tersentuh hati

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja yatim piatu luah hajat, teringin sambut raya dengan ibu bapa... Dalam sebak, netizen doa moga dapat mentua baik hati

Bercakap kepada mStar, wanita bersama dua rakan niaga yang lain berkongsi kisah mengenai bantuan yang dihulurkannya kepada seorang wanita yang ditemui di ditemui di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur.

"Dua hari sebelum raya, saya dan dua rakan yang berniaga berhajat nak beri bantuan dalam berkongsi rezeki di bulan puasa.

"Kami berpakat untuk buat kebajikan sekitar Kajang dengan memberi sumbangan kepada gelandangan di tepi-tepi jalan. Sebelum ini pun kami ada buat misi bantuan untuk mangsa banjir.

anak lupa mak 6

Sumbangan yang dihulurkan oleh Dira dan rakan niaga lain.

"Masa kami sedang beri bantuan, ternampak seorang makcik duduk dekat stesen bas. Makcik tu macam tak ada hala tuju jadi kami pun pergi tegur dia," katanya ketika dihubungi.

Dia yang lebih mesra disapa Dira memperincikan semula kisah yang diceritakan semula oleh wanita berusia lingkungan 50an itu.

Difahamkan, wanita itu telah berpisah dengan suaminya dan mempunyai empat anak yang sudah berumah tangga.

Menurut Dira, kata-kata yang diluahkan oleh makcik tersebut meruntun jiwanya dan sebak apabila membayangkannya wanita itu seperti ibunya.

"Malam tu merupakan kali pertama kami jumpa dia dekat kawasan tu. Mungkin makcik tu dalam perjalanan nak balik ke rumah dia.

anak lupa mak 7

Dira memberikan sumbangan makanan yang dimasak sendiri dan rakan niaga lain.

"Dia beritahu yang anak-anaknya semua dah tak ambil berat pasal dia sebab mereka duduk jauh. Mereka pun semua dah ada kerja jadi tak duduk dengannya.

"Lepas kami bagi sumbangan tu, dia pesan 'Bila dah kaya jangan jadi macam anak dia, jangan lupa ibu bapa’ tapi makcik ni tak ada cerita pula pasal anak dia buang dia'," katanya.

Menurut Dira yang berasal dari Kajang, Selangor ini, rakan niaga lain menyatakan makcik berusia lingkungan 50an itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan membuat kerja-kerja amal tanpa upah dengan mencuci di masjid.

Malah, wanita yang memeluk Islam sejak 2017 itu hanya menyewa bilik di Sungai Besi, Kuala Lumpur yang turut menjana pendapatan dengan menjual tisu.

Perkongsian video mengenai wanita itu TikTok ternyata mengundang sebak dalam kalangan warganet.

"Ingatlah reda Allah terletak pada reda ibu bapa."

Dia pesan 'Bila dah kaya jangan jadi macam anak dia, jangan lupa ibu bapa’.

DIRA

"Kita berjaya pun sebab doa daripada ibu kita. Ingat ya hilang ibu hilanglah doa dari seorang ibu."

"Saya tengok pun sedih. Allahuakbar. Seorang ibu boleh menjaga 10 anak, satu anak belum tentu boleh jaga seorang ibu," komen beberapa netizen.

anak lupa mak 4

Antara komen warganet.

Menurut Dira yang berniaga rempeyek dan baju melayu itu, adalah tidak wajar untuk anak-anak melayan ibu bapa mereka sedemikian rupa.

"Saya dengar luahan makcik tu sedih jugalah. Tak patut biarkan orang tua kita macam tu. Sebagai anak kenalah ambil tahu fasal makan dan minum walaupun dah duduk berasingan.

"Saya dan rakan niaga sendiri yang masak makanan untuk 50 orang makan malam tu. Saya rasa tak tenang kalau tak kongsi rezeki sebelum balik raya.

"Lepas buat sumbangan amal malam tu, saya jadi sayu. Ada hikmah kenapa Allah pilih saya dan rakan-rakan niaga lain untuk bantu orang susah malam tu.

"Banyak yang saya belajar daripada mereka. Semoga amalan kita menjadi asbab kita ke syurga. Impian saya bila dah berjaya nanti memang saya akan teruskan bantu lebih ramai lagi orang dalam kesusahan," kata Dira.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain