suria

Kerja hebat tapi minta duit beli baju raya, adik di Australia kesal tak tunai permintaan abang... parah selepas kemalangan hari terakhir puasa

Keadaan Alif selepas kemalangan pada malam raya

"TOLONG doakan abang saya yang sedang kritikal di Hospital Kuantan, Pahang," rintih Muhammad Al-Hakim Mohd Amin.

Menurut pemuda berusia 31 tahun itu, abangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Bakau Tinggi, Chukai di Kemaman Terengganu pada pukul 6.39 petang pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Isteri, anak maut kemalangan sebelum Syawal

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menangis dimaklumkan suami kemalangan, sukar percaya ada seorang manusia baik sanggup bantu dari A-Z tanpa diminta

Kemalangan tersebut mengakibatkan abangnya Muhammad Alif cedera parah.

"Selain terdapat darah beku pada otak, doktor memklumkan dia patah leher. Buah pinggang pula berada di tahap empat manakala paru-paru di tahap 2.

Kenderaan yang dipandu Alif tiba-tiba terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Kenderaan yang dipandu Alif tiba-tiba terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

"Doktor yang merawatnya hanya berpesan supaya kami seisi keluarga membaca Yasin," ujarnya sebak.

Ketika dihubungi mStar, Hakim memberitahu, semasa kejadian abangnya dalam perjalanan ke rumah kakak untuk berbuka puasa bersama.

Namun dia tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh dua lagi kenderaan.

Tambahnya, jumlah kesemua mangsa adalah lima orang yang mana dua daripadanya parah manakala tiga lagi cedera ringan.

Alif dilaporkan sedang kritikal.

Alif dilaporkan sedang kritikal.

Bercerita lanjut, ujar anak kesembilan daripada 11 beradik itu, perkara yang paling menyedihkan adalah dia sudah lima tahun tidak bertemu dengan abangnya itu mahupun keluarga yang berada di kampung halaman di Chukai.

"Saya sekarang bekerja di Australia dan sudah lima tahun tidak pulang ke kampung halaman.

"Hasrat hati memang nak pulang ziarah abang di hospital tetapi saya ada masalah visa... kalau kembali sekarang, saya terpaksa melupakan impian dan masa hadapan yang ingin dibina.

Status terakhir Alif.

Status terakhir Alif.

"Sebab itu, saya mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar abang dapat kembali sembuh seperti sedia kala," luahnya lagi.

Menurut jurutera itu lagi, abangnya adalah anak kelapan dan merupakan seorang individu yang sangat disenangi.

"Dia bukan hanya disukai ahli keluarga tetapi kawan-kawan dan orang sekelilingnya. Dia sangat periang dan 'penyeri' keluarga kerana sikapnya yang sedikit nakal," ujarnya.

Mengimbas kembali kenangan bersama abangnya itu, Hakim memberitahu, terdapat beberapa insiden pelik yang dilakukan sebelum kemalangan berlaku.

Dia kerja oil and gas... mustahil tiada duit untuk beli baju raya dan dia juga belum berkahwin.

MUHAMMAD AL-HAKIM

Apa yang paling mengejutkan adalah dia minta duit daripada saya hanya untuk membeli baju raya.

"Dia kerja oil and gas... mustahil tiada duit untuk beli baju raya dan dia juga belum berkahwin," imbasnya yang terkilan kerana tidak menunaikan permintaan abangnya yang disangka sebagai gurauan.

Katanya lagi, kakak ada memberitahu bahawa abangnya itu pernah menyatakan sesuatu yang pelik.

Hakim dan abangnya sangat rapat.

Hakim dan abangnya sangat rapat.

"Dia cakap dekat kakak 'ini kali terakhir berbuka puasa di sini (Chukai). Pada masa itu, saya juga mahu menghubunginya seperti biasa tetapi tidak berkesempatan kerana tiba-tiba sibuk dengan kerja.

"Jadi saya tidak sempat bercakap langsung dengannya. Paling sedih adalah, apabila saya ingin menghubungi... telefon saya dipenuhi dengan notifikasi panggilan serta mesej yang mengatakan abang terlibat kemalangan dan cedera parah.

"Status terakhir dia pula menyatakan 'done tarawih 28 Ramadan... is real my mom'. Ungkapannya itu sangat pelik," ceritanya lanjut sambil menambah kali terakhir bercakap dengan Alif adalah pada 24 April kerana abangnya ingin memaklumkan sudah membayar zakat fitrah untuknya sekali.

Dalam pada itu, dia mengharapkan agar ada keajaiban berlaku supaya 'penyeri' keluarga dapat kembali bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DISINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain