suria

Remaja yatim piatu luah hajat, teringin sambut raya dengan ibu bapa... Dalam sebak, netizen doa moga dapat mentua baik hati

Rahman meluahkan rasa sedih tidak pernah beraya bersama kedua-dua ibu bapanya.

LUAHAN seorang remaja yatim piatu yang dahagakan kasih sayang ibu dan bapa tentunya menjentik hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Lebih pilu apabila remaja yang dikenali sebagai Rahman dari rumah Titian Kasih Al-Inayah, Beranang, Selangor ini tidak pernah merasai belaian ibu dan bapa kandung sejak kecil.

"Daripada kecil apa yang saya nak (impikan)... saya nak kasih sayang seorang ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Panik! Bayangkan tiba-tiba gagap, tersedu-sedu sampaikan tak dapat kawal maki hamun... remaja aktif TikTok kesal dituduh pura-pura sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Cita-cita jadi ustaz terpadam akibat asma kronik, duka lara remaja 13 tahun berganda... Derita lumpuh, buta dan bisu

"Dah beberapa tahun saya hidup, selama 16 tahun... jujur cakap saya tak pernah raya dengan mak atau ayah saya," katanya.

Kisah tentang luahan Rahman itu dikongsikan pemilik akaun TikTok @myfundaction dan tular di media sosial baru-baru ini.

Sehubungan itu mStar menghubungi salah seorang sukarelawan program Special Iftar For Ummah (SIFU) anjuran MyFundAction untuk beramah mesra dengan penghuni rumah Titian Kasih Al-Inayah yang hanya mahu dikenali sebagai Alief.

Menurut Alief, pada mulanya mereka hanya meminta ucapan sempena Ramadan daripada pelajar-pelajar terlibat dalam program tersebut.

Namun ucapan dan luahan isi hati remaja tersebut tertanya mengundang sebak warga maya.

3EA51D4A-7E54-47A6-9F79-8E0FD40FE154

Sikap ringan tulang Rahman dalam membantu menyiapkan makanan semasa program menarik perhatian sukarelawan yang hadir.

"Pada 22 Mac lalu kami anjurkan program Pre-SIFU untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar di rumah anak yatim.

"Waktu lawatan dekat sini, adik Rahman ni antara yang paling rajin bantu sukarelawan kami sediakan makanan. Perwatakan dia nampak seperti seorang yang ceria saja.

"Jadi kami tertarik untuk bertanyakan soalan pada dia sempena bulan Ramadan. Kami tanya apa yang dia nak sangat untuk tahun ni.

Rahman terpaksa duduk di rumah anak yatim Al-Inayah ni untuk ringankan tanggungan keluarga.

SUKARELAWAN MY FUND ACTION

"Namun tak sangka pula dia beritahu teringin sangat nak kasih sayang ibu dan bapa," demikian imbas Alief ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut tentang Rahman, Alief berkata remaja itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak masih kecil.

Tambahnya lagi, Rahman kemudian dijaga oleh neneknya namun atas faktor kesempitan hidup, dia akur untuk berpindah dan tinggal di rumah anak yatim bagi meringankan bebanan keluarga.

IMG_0091

Remaja ini merupakan anak bongsu daripada tiga beradik yang terpaksa dihantar ke rumah anak yatim kerana hidup dalam kesusahan.

“Dia (Rahman) cerita yang ibunya dah meninggal sejak berusia tujuh bulan, sebab tu tak pernah tengok muka mak dia. Ayah dia pun meninggal masa dia kecil. Jadi sepanjang 16 tahun hidup, dia tak pernah beraya dengan mak ayah sendiri dan itulah wish Ramadan dia.

“Sejak kecil dia duduk dengan nenek. Rahman ni ada abang dan kakak, tapi mereka bukan orang senang. Semua adik beradik dia masih belajar lagi masa tu.

“Jadi dia terpaksa duduk di rumah anak yatim Al-Inayah ni untuk ringankan tanggungan keluarga. Lagi sedih apabila dapat berita tentang nenek dia meninggal dunia tahun lepas,” kata Alief.

Untuk rekod sehingga kini video tentang Rahman meraih lebih 3.6 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen mengakui terkesan dan sebak mendengar luahan Rahman ini.

IMG_0095

Program Special Iftar For Ummah merupakan satu acara yang dianjurkan oleh sebuah badan amal, MyFundAction.

"Ya Allah sedihnya dik. Semoga urusan awak dipermudahkan, ditemukan jodoh yang baik dan keluarga mentua yang menyayangimu.

"Semoga Allah temukan kamu isteri dan mentua yang terbaik buat kamu dik. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

"Auto sebak apabila dengar kisah macam ni. Semoga semua anak-anak yang kehilangan ibu bapa ini menjadi orang hebat apabila dewasa nanti.

"Belajar rajin-rajin adik Rahman. Semoga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain