suria

Doktor terpinga-pinga disangka pensyarah hina pelajar B40, disindir ketika live TikTok… Mungkin hidung saja sama

Kiri Dr Aishah ketika live di TikTok, kanan pensyarah yang tular. Gambar kecil Dr Aishah merupakan doktor perubatan.

NIAT mahu berkongsi mengenai makanan kesihatan ketika bersiaran langsung di laman sosial, tetapi lain pula jadinya.

Begitulah yang dialami seorang wanita, apabila disangka sebagai pensyarah tular kerana memperlekehkan seorang pelajar B40 gara-gara tidak mempunyai komputer riba.

Dihujani kritikan di ruangan komen, wanita itu tampil menjelaskan bahawa dia merupakan seorang doktor perubatan dan bukan pensyarah berstatus profesor.

ARTIKEL BERKAITAN: Prof Dr Roshana direhatkan, UiTM siasat cari kebenaran... Awas jika sebar maklumat sulit!

ARTIKEL BERKAITAN: Panas, panas! Pensyarah suruh kakak pelajar B40 gadai gelang emas, bengang sebab tiada komputer... ini reaksi pantas Syed Saddiq

Bercakap kepada mStar, Dr Aishah Tul Radziah Lebai Hussin berkata, ketika itu dia sedang bersiaran langsung mengenai makanan kesihatan sempena Ramadan.

Sebagai doktor yang berpengalaman selama 44 tahun, dia akui terdapat segelintir netizen mempersoalkan kredibilitinya dalam bidang perubatan.

"Baru minggu lalu masa saya buat live di TikTok fasal makanan kesihatan, ada netizen yang tanya betul ke saya ni doktor perubatan atau doktor akademik.

"Sampaikan saya terpaksa tunjuk sijil Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya (UM) yang diperoleh pada 1978 sebagai bukti," katanya ketika dihubungi.

doktor pensyarah viral 5

Tangkap layar video seorang pensyarah memperlekehkan seorang pelajar B40.

Bukan itu saja, doktor berusia 71 tahun berkenaan juga tidak menyangka apabila disamakan dengan pensyarah yang tular baru-baru ini.

"Saya terkejut apabila tiba-tiba ada netizen cakap 'Prof, janganlah cakap macam tu kat B40', 'Prof, saya B40 nak sumbangan laptop'.

"Pada mulanya, saya sendiri dalam keadaan terpinga-pinga. Tapi saya perbetulkan dengan beritahu saya bukanlah Prof yang viral tu, tapi merupakan doktor perubatan dan ada klinik.

"Bagi saya, wajah saya tak sama pun dengan Prof tu. Kalau nak dikatakan sama, jika ada pun mungkin di bahagian hidung saja," ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

doktor pensyarah viral 3

Dr Aishah mengusahakan sebuah klinik.

Mengusahakan sebuah klinik selama 39 tahun, Dr Aishah bagaimanapun tidak mengambil hati dengan kritikan netizen berhubung wajah yang dikatakan seiras itu.

Pada masa sama, dia memahami sensitiviti masyarakat terutama golongan B40 berhubung isu yang hangat diperkatakan membabitkan pensyarah berkenaan.

Saya perbetulkan dengan beritahu saya bukanlah Prof yang viral tu, tapi merupakan doktor perubatan dan ada klinik.

DR AISHAH

"Saya cuma katakan supaya mereka menjadi generasi muda yang terbaik untuk masa depan negara. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang positif terhadap diri mereka untuk berusaha keluar daripada B40, dan beralih kepada M40 atau T20.

"Jangan bergantung harap semata-mata tapi berusaha dan berserah kepada Allah. Perkara terbaik yang dilakukan dalam kehidupan adalah mendapat keredaan Allah, tapi mesti berusaha," katanya yang dibesarkan dalam keluarga pesawah.

doktor pensyarah viral 1

Dr Aishah bergambar bersama sijil ijazah sarjana muda yang dimilikinya.

Dalam pada itu Dr Aishah mengakui perjalanannya untuk bergelar doktor dan mengusahakan bisnes bukannya mudah tanpa ada usaha dan keyakinan.

Bagaimanapun di sebalik terpalit dalam kontroversi pensyarah berkenaan, Dr Aishah yang juga merupakan pengeluar produk makanan kesihatan melihat perkara itu daripada sudut positif.

doktor pensyarah viral 4

Dr Aishah gemar berkongsi mengenai makanan kesihatan.

"Sebagai doktor perubatan, sudah tentu saya mahu mendidik masyarakat mengenai makanan kesihatan dengan buat live di TikTok.

"Jadi, apabila saya buat live tentang kelas masakan untuk makanan sihat sempena Ramadan, views yang biasanya antara 3,000 hingga 5,000, terus naik mendadak kepada 50,000 views.

"Bagi saya, semuanya ada hikmah di sebalik ramai mengatakan muka saya macam Prof tu sama ada kembar atau adik-beradik. Nasihat saya adalah jangan terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa menyelidiknya terlebih dahulu dengan hanya mengecam," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain