suria

B40 bila jumpa harta T20! Budak lelaki teruja tengok Lamborghini... datang 3 kali, siap buat bonet macam playground

Aksi seorang kanak-kanak memanjat kereta mewah Lamborghini tular di media sosial.

SETIAP kali melihat kereta mewah meluncur di jalan raya, pasti ramai dalam kalangan kita yang akan memandang dengan rasa kagum dan teruja.

Begitulah juga kisahnya melibatkan kanak-kanak lelaki ini yang 'terlebih' teruja apabila dia melihat sebuah kereta jenis Lamborghini yang diletakkan di tepi jalan di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Khamis lalu.

Dalam satu rakaman tular yang dikongsi ke TikTok, dia dilihat sedang memanjat bonet kereta mewah itu sambil diperhatikan seorang lelaki, dipercayai abangnya.

Ejen takaful, Syhafiq Putra, 26, yang kebetulan berada di lokasi itu sempat membuat rakaman video kerana tertarik melihat keterujaan kanak-kanak berkenaan.

"Masa tu saya berhenti di tepi jalan, tengah tunggu orang. Mula-mula saya nampak budak lelaki itu berdiri di depan Lamborghini, gayanya normal saja.

"Kemudian saya tengok dia datang kali kedua, jadi saya terus rakam video. Niat saya nak tunjuk kanak-kanak yang suka kereta sport.

"Ketika rakam video, saya tak sangka dia akan pergi panjat bonet. Saya agak terkejut tengok dia bertindak macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang

ARTIKEL BERKAITAN: Konvoi Lamborghini bikin kecoh di lebuh raya, betul ke kes mabuk jadi punca? Habis la pemandu Ford Ranger kena jual tanah bayar ganti rugi

"Di situ ada seorang lelaki, mungkin abang dia sebab nampak muda. Kemudian budak tu turun dengan sendiri. Kemudian kali ketiga dia datang lagi dekat Lamborghini tu.

"Tiga kali dia buat aksi yang sama. Lama juga saya duduk perhatikan aksi dia. Jadi saya kongsi video ke TikTok, tak sangka pula akan viral. TikTok saya pun bukannya banyak view sebelum ni," ujarnya berseloroh.

Di aplikasi TikTok, rata-rata netizen terhibur melihat keterujaan kanak-kanak berkenaan dan menganggap ia sebagai normal.

Malah, ada yang turut berjenaka dan mengaitkan ia dengan replika kereta Lamborghini dari Indonesia yang pernah tular di TikTok baru-baru ini.

lambo2

Video dari TikTok itu turut dikongsi ke group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini

Selain itu, netizen turut memberi nasihat kepada ibu bapa dan penjaga agar berhati-hati dan tidak membiarkan anak mereka melakukan perbuatan sebegitu.

"Dik tu bukan Lamborghini yang dekat Indonesia tu.

"Tak tahu nak kata apa. Tolong jaga anak anda sebelum aku jadi guru disiplin tahun 1980.

"Calar sikit tu beribu nak kena bayar.

Bagi saya, biasalah budak-budak. Dia tak tahu. Kemungkinan kalau dia tahu harga asal, mungkin dia pun tak buat. Nak marah pun budak-budak.

SYHAFIQ PUTRA

SAKSI

"Depan mata aku ni, aku pula yang tolong pergi marah.

"Tu mungkin anak owner. Dia akan mewarisi semuanya.

"Husnuzon mungkin tu kereta dia," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, video berkenaan turut dikongsi ke group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini dengan kapsyen "B40 bila jumpa harta T20."

lambo 2

Komen netizen di TikTok.

Menurut Syhafiq, video berkenaan dikongsi semula oleh individu berkenaan tanpa pengetahuannya dan dia kurang setuju dengan kapsyen yang mengaitkan kejadian itu dengan golongan B40.

"Bila viral, mesti ada yang negatif. Di TikTok, kebanyakannya komen kelakar, tiada yang negatif sangat. Pemilik Facebook tu pun tak ada minta kebenaran untuk repost video dari TikTok saya.

"Bagi saya, biasalah budak-budak. Dia tak tahu. Kemungkinan kalau dia tahu harga asal, mungkin dia pun tak buat. Nak marah pun budak-budak. Benda dah jadi, anggap je lah rezeki dia," ujar Syhafiq lagi.

Untuk rekod, video itu sehingga kini meraih lebih 216,000 tontonan di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain