suria

Kena ‘sound’ tak pandai jaga anak sebab selalu sakit, jururawat resign kerja hospital kerajaan! Kini raih pendapatan lebih lima angka

Fadzillah kecewa apabila dilabel tidak tahu menjaga anak oleh ketua jabatannya.

DILABEL tidak pandai jaga anak hanya disebabkan sakit!

Kata-kata tersebut semestinya disifatkan sebagai 'penghinaan' terutama jika dilemparkan seseorang kepada golongan ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita diuji ketika buat bisnes tampung kos rawatan ibu... ejen batal tempahan, stok sampai hampir semuanya remuk

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini tak tunduk pada sihir walau bisnes banyak kali hancur dan nyaris muflis! Dah lali ungkapan ‘kau bodoh tinggal kerja kerajaan’

Mana tidaknya, anak tiba-tiba demam dan sakit bukanlah perkara yang mudah dan ia berlaku tanpa diminta.

Situasi yang dihadapi itu menyebabkan Nurul Fadzillah Mazlan nekad melepaskan jawatannya sebagai jururawat di sebuah hospital kerajaan.

Pernah terlibat dalam pasukan barisan hadapan semasa penularan wabak Covid-19 lalu, ujarnya, kata-kata yang dilemparkan terhadapnya begitu 'menyakitkan' tambahan pula anak-anaknya itu tiba-tiba jatuh sakit sejak awal tahun ini.

Memulakan ceritanya kepada mStar, Nurul Fadzillah memberitahu, dia mula bertugas pada Februari lalu, selepas habis pantang bersalin.

"Hujung bulan Februari, anak sulung saya, Aulia Inara yang berusia empat tahun disahkan positif Covid-19. Bulan Mac pula dia kena jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan selepas itu, dia kerap mengalami demam.

Keputusan drastik berhenti kerja dilakukan.

Keputusan drastik berhenti kerja dilakukan.

"Apabila dia sihat, anak kedua saya, Alisya Izara yang berusia enam bulan pula jatuh sakit dan perlu dimasukkan ke hospital pada April. Jadinya, saya banyak kali ambil cuti kecemasan sebab anak sakit silih berganti sehingga cuti tahunan habis," ujarnya ketika dihubungi.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, perkara yang lebih menyedihkan adalah semasa menjaga Alisya Izara di dalam wad, dia dihubungi oleh majikannya yang memaklumkan cuti tahunan sudah habis.

Panggilan yang diterima menyebabkan dia berasa bahawa kredibilitinya sebagai seorang jururawat dipertikai kerana kedua-dua anaknya sering sakit.

"Masa call tu bukannya nak tanya khabar sebaliknya diingatkan bahawa cuti sudah habis, kalau ikutkan saya kena masuk kerja. Kemudian dia cakap, 'you nurse, kenapa tak jaga anak you'.

Fadzillah bersama keluarganya.

Fadzillah bersama keluarganya.

"Pada masa tu saya terus cakap 'you tak boleh cakap macam ini, you tak diuji dan sepatutnya faham anak-anah buah you bukan cakap macam ni seolah-olah I mak yang teruk'.

"Saya yang sedang berada di wad dengan keadaan anak yang sakit memang rasa tertekan sangat dan terus menangis. Jadi lepas discharge, saya dapatkan surat doktor dan minta cuti separuh gaji dulu," luahnya yang terkilan dengan apa yang berlaku.

Dia yang juga lulusan kejururawatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, perkara yang mendukacitakan adalah semasa meminta tandatangan untuk surat permohonan cuti separuh gaji, majikannya langsung tidak memandang wajahnya dan hanya menandatangani surat yang diberikan.

Saya rasa bersyukur kerana semasa saya maklumkan pemberhentian kepada ketua jururawat, dia beri kata-kata semangat dan minta saya buat yang terbaik kerana mungkin ada rezeki lain dekat luar.

NURUL FADZILLAH

Fadzillah kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja dalam tempoh 24 jam walaupun perlu membayar balik gaji selama sebulan.

"Saya rasa bersyukur kerana semasa saya maklumkan pemberhentian kepada ketua jururawat, dia beri kata-kata semangat dan minta saya buat yang terbaik kerana mungkin ada rezeki lain dekat luar," ujarnya.

Tambah wanita yang berusia 26 tahun itu lagi, kesukaran yang dialami ketika itu terasa sedikit ringan kerana mendapat sokongan ahli keluarga lebih-lebih lagi daripada suaminya.

Pernah terlibat dalam pasukan barisan hadapan kesihatan semasa kes jangkitan Covid-19 tinggi.

Pernah terlibat dalam pasukan barisan hadapan kesihatan semasa kes jangkitan Covid-19 tinggi.

"Saya hubungi suami dan menceritakan masalah yang dihadapi termasuk kata-kata yang dilemparkan. Saya tidak sangka yang suami terus suruh berhenti.

"Keluarga sangat okay dan mereka sentiasa memberi sokongan kepada saya. Alhamdulillah dalam tempoh cuti separuh gaji tu, saya berjaya buat bisnes untuk menstabilkan kewangan dan dalam masa sebulan saya buat insurans, saya berjaya menjana pendapatan sehingga RM12,000," katanya.

Menurutnya lagi, sejak berhenti kerja, dia kini mempunyai sepenuh masa bersama anak-anak.

Dia juga yakin bahawa di sebalik ujian yang dihadapi itu, terselit kemanisan buatnya dan keluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain