suria

Sotong goreng tepung air tangan Haziq sambut Pak Nil! Ramai request jadi pasangan talk show

Paknil meluangkan masa mengunjungi Muhammad Haziq di Sungai Petani, Kedah. Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi

SELEPAS berpeluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu, terbaharu wartawan cilik, Muhammad Haziq Mohd Asyraf mendapat kunjungan daripada pengacara popular pula, Datuk Aznil Nawawi.

Aznil yang sebelum ini memuji dan mengkagumi kepetahan Muhammad Haziq, meluangkan masa melawat kanak-kanak tersebut di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah, pada Isnin.

Pengacara yang lebih dikenali dengan gelaran Paknil turut memuat naik video pertemuannya dengan Muhammad Haziq di laman Instagram dan Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah... bukan biasa-biasa, Haziq interview PM pula! Siap tanya plan masa depan negara

ARTIKEL BERKAITAN: Popular sekelip mata sampai artis pun teruja... guru dedah di sebalik keceriaannya, wartawan cilik ini ada masanya diam di sekolah

"Bersama anak viral tersangat-sangat dahsyat, Haziq di Sungai Petani," tulis Paknil di ruangan kapsyen berserta tanda pagar #ularsawa.

Menerusi video tersebut, Muhammad Haziq meluahkan rasa gembira dan berbesar hati mendapat kunjungan daripada Paknil.

Apa yang lebih mencuit hati, kanak-kanak berusia 12 tahun itu sempat mengusik pengacara berkenaan dengan memanggilnya 'Paknil yang putih gebu'.

Turut dikagumi kerana mempunyai kemahiran memasak, Muhammad Haziq juga menyediakan hidangan sotong goreng tepung untuk menyambut kedatangan selebriti berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama teruja dengan pertemuan dua inividu berkenaan.

"Junior Paknil dah keluar ni... pandai dia mengatur perkataan. Paknil kena ada program bersamalah lepas ni.

"Wow! Paknil dan Haziq jadi hos talkshow bersama-sama, saya rasa akan hit!

"Alhamdulillah, moga Paknil dapat curahkan ilmu buat permata ini," demikian antara komen netizen.

haziq sotong

Muhammad Haziq menyediakan hidangan sotong goreng tepung untuk Paknil.

Muhammad Haziq yang berasal dari Bukit Selambau mula meraih perhatian warganet setelah videonya membuat laporan 'secara langsung' di Facebook mengenai penemuan ular sawa di pasar beberapa minggu lalu, menjadi tular.

Kanak-kanak itu terus menjadi perhatian rakyat Malaysia bukan sahaja kerana kepetahannya, malah kerana bakat lain yang dimilikinya.

Muhammad Haziq yang juga anak sulung daripada dua beradik berkebolehan memasak pelbagai jenis kek dan muih muih tradisional.

Selain itu, kanak-kanak ini juga mampu melaungkan azan persis seorang bilal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain